Demam musim baru bola sepak sudah bermula!

PlayStation Asia telah mengumumkan bahawa PES 2019 sudah boleh dipra-tempah sekarang. Dalam post Facebook yang dikeluarkan, mereka memberikan link PlayStation Store untuk dipra-tempah serta berkongsi empat keping gambar.

Namun, link yang diberikan itu apabila ditekan, semasa artikel ini ditulis, ia tidak mengeluarkan laman PES 2019, seolah-olah link tersebut adalah salah. Jadi, maklumat lanjut seperti tarikh pelancaran masih belum diketahui. Kami akan laporkan selanjutnya apabila maklumat lanjut didedahkan.

Walau bagaimanapun, PES South East Asia sempat merakamkan laman ini melalui PlayStation Store Hong Kong dan berkongsikan lima pembaharuan yang diperkenalkan ke dalam game ini kelak.

Secara ringkas, lima pembaharuan ini ialah:

  • Lebih banyak liga berlesen
  • Gameplay yang ditambahbaik seperti 11 ciri skil baru, pergerakan dan animasi merembat baru, dan sistem stamina baru
  • Penambahbaikan terhadap mode MyClub
  • Grafik yang lebih kelihatan seperti dunia sebenar dan sokongan 4K HDR
  • Master League ditambahbaik dengan pra-musim ICC, sistem perpindahan lebih mendalam dan lesen liga baru

Daripada kelima-lima pembaharuan yang diumumkan ini, perkara yang paling menarik perhatian kami adalah lesen liga yang lebih banyak. Seperti yang kita tahu, lesen dan PES mempunyai isu yang besar. Selepas penamatan kerjasama antara UEFA baru-baru ini, apa pula rancangan Konami untuk menghidupkan lagi siri bola sepak mereka ini?

Sama-sama kita nantikan info lebih lanjut tentang PES 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.