Macam-macam ada dalam kemaskini yang akan dibawakan pada hari Khamis ini.

Awal bulan ini, Konami telah mendedahkan beberapa perubahan gameplay yang akan dibawakan ke dalam PES 2018. Terbaru, mereka telah mengumumkan tarikh pelancaran kemaskini tersebut, yang mana ia akan turut dilancarkan bersama dengan Data Pack 2.0, penampilan David Beckham dalam myClub dan kemaskini peningkatan untuk Xbox One X.

Apa yang akan ditampilkan dalam Data Pack 2.0 nanti? Konami akan mengemaskini 1,000 gambar thumbnail pemain, menambahbaik wajah 40 pemain, penambahan jersi yang berlesen, but baru dan dua stadium baru –  iaitu Estadio Nacional de Chile dan Emirates Stadium. Estadio Nacional de Chile telah diperlihatkan, manakala Emirates Stadium masih belum.

Perubahan terhadap gameplay, Data Pack 2.0, penampilan David Beckham, kemaskini peningkatan Xbox One X – semua ini akan dilancarkan dalam PES 2018 pada 16 November 2017.

JomBaca: Konami Umumkan PES 2018 Mobile, Saksikan Trailer Ini Yang Turut Menampilkan David Beckham

[KEMASKINI]:Konami telah berkongsi lebih lanjut tentang kemaskini terbaru dalam PES 2018 ini, serta mengeluarkan video trailer yang korang boleh tontonnya di bawah.

 

Comments

comments