Sama ada korang peminat bola sepak ataupun tidak, legenda bola sepak kelahiran England ini pasti akan meniti di bibir korang sehingga ke hari ini.

Terbaru, Konami telah mengumumkan kerjasama eksklusif jangka panjang bersama bekas bintang bola sepak dunia, David Beckham untuk ditampilkan dalam siri Pro Evolution Soccer.

Sebagai permulaan, Beckham akan ditampilkan sebagai Legend dalam mode myClub dalam siri game bola sepak dari Konami yang akan dilancarkan pada bulan hadapan, PES 2018.

“Ia menjadi satu kebanggaan untuk menyertai senarai roster legenda yang bekerjasama dengan Konami sebagai duta PES,” kata Beckham dalam pengumuman di laman rasmi PES. “Saya tidak sabar untuk melihat karier saya digambarkan dalam game yang fantastik ini, dan bekerja bersama pasukan yang sangat berbakat ini yang mana mereka juga mencintai bola sepak sama seperti saya.”

Kerjasama eksklusif antara Beckham dan Konami ini menandakan bahawa bekas bintang Manchester United dan Real Madrid ini tidak akan dibawakan ke dalam siri FIFA dalam mode yang sama seperti myClub, iaitu FIFA Ultimate Team (FUT) buat jangka masa yang lama.

JomBaca: Saksikan Rambut ‘Pekan’ Ronaldo Nazario Dalam Trailer FIFA 18 Terbaru Ini – Lebih Ramai ICONS Diperkenalkan

Versi demo untuk PES 2018 dijadualkan akan dikeluarkan pada bulan ini, sebelum ia dilancarkan sepenuhnya pada 14 September 2017 di PS4, PS3, Xbox 360, Xbox One dan PC.

JomBaca: PES 2018 Umum Coutinho Sebagai Muka Hadapan Untuk Edisi Premium Di Brazil, Saksikan Trailer Terbaru Ini

Comments

comments