Sebagai peminat tegar game bola sepak, pastinya korang tak terlepas untuk menjenguk apa yang Konami akan bawa ke siri PES untuk edisi 2016 ini. Kalau korang rasa tak pasti sama ada nak ambil PES 2016 atau tak, jom baca review kitaorang!

maxresdefault (1)

Gameplay Yang Sangat Smooth!

Selepas edisi 2015 yang lepas telah membuat siri game ini seperti bangkit dari tidur – Konami telah berjanji untuk memberikan gameplay yang lebih baik. Ternyata, Konami bukan sahaja memberikan gameplay yang lebih, malah PES 2016 kali ini adalah GAME BOLA SEPAK TERBAIK PERNAH DIKELUARKAN! 

pes2016demo

Kitaorang dapat merasakan betapa ohsemnya game ini bermula dari match pertama yang kitaorang main. Dribbling yang sangat smooth dan ringan, seolah-olah kita benar-benar merasakan pemain berada dalam kawalan kitaorang. Dengan animations yang unik pada setiap pemain, membuatkan setiap pemain dalam PES 2016 nampak mempunyai definisinya yang tersendiri.

Berbeza dengan edisi 2015 sebelum ini, PES 2016 telah memperbaiki controlled shot atau lebih dikenali dengan finesse shot. Secara peribadi, penambahbaikan finesse shot ini adalah penambahbaikan paling disukai Penulis kerana ia tidak lagi overpowered seperti mana sebelum ini yang ‘confirm masuk’ kalau digunakan. Long shots juga telah diperbaiki di mana kita lebih seronok untuk melakukannya kerana sering dapat melepaskan sepakan jarak jauh dengan cukup padu!

Graphics Terlampau Ohsem!

Seperti sudah menjadi tradisi, graphics siri PES sentiasa meninggalkan siri FIFA jauh di belakang. Graphics PES 2016 sangat-sangatlah memukau! Texture muka yang sungguh realistik dan sangat teliti serta penambahbaikan graphic padang (seperti kelihatan lopak-lopak air ketika hujan) – adalah antara talking points di PES 2016 yang boleh membuat air liur korang meleleh!

PES2016_weather_01

Nafas Baru Master League!

Master League telah disuntik dengan nafas baru pada kali ini. Mode ini yang pada suatu masa dahulu telah membuatkan kita tidak tidur malam memikirkannya, kini telah mengulangi zaman kegemilangan itu. Terdapat banyak feature yang telah ditambah ke dalam mode ini seperti interface menu yang baru, pembelian pemain yang lebih realistik, dan setiap keputusan yang dilakukan oleh kita, pastinya akan memberi impak kepada pasukan. Secara jujur, feature-feature terbaru ini tidak mampu lagi untuk menyaingi career mode FIFA, namun, penambahbaikan yang amat ketara berbanding edisi sebelum ini haruslah dipuji!

12029760_1641757776107869_4917005821814347453_o

12031340_1641758432774470_440066477703413979_o

12045749_1641757529441227_5250953561547211439_o

Import Images Terbaru!

Dengan adanya kerjasama antara Konami dan Playstation untuk menyediakan feature ‘option file’, ia telah memberi suntikan yang baru kepada PES 2016, terutamanya kepada gamers PS4. Option file yang membenarkan kita mengimport images dari USB drive bagi membetulkan jersey-jersey dan emblem-emblem yang tidak mendapat lesen, adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat tegar siri PES.

Kini, ucap selamat tinggal kepada Merseyside Red, Hello Liverpool FC!

11908589_1641759676107679_6674030719845539631_o

12001046_1641759966107650_5277190614392380567_o

12045601_1641759849440995_4955364111939588598_o

Susah Sangat Nak Foul!

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang mengurangkan kesempurnaan game ini. Antaranya ialah kurangnya bilangan foul yang dikenakan. Seperti yang korang tahu, edisi 2015 sangat mengecewakan dari segi foul, seolah-olah pemain lawan tidak boleh ‘disentuh’ – terlalu senang untuk melakukan foul. Namun, PES 2016 telah terlalu ‘over’ untuk membaiki kelebihan bilangan foul ini. PES 2016 pula sebaliknya, terlalu sukar untuk dikenakan foul walaupun pemain-pemain telah melakukan bentesan ‘separuh mati’.

Penalti Masih Mengecewakan!

Sistem sepakan penalti yang tidak berubah dari edisi 2015 adalah sesuatu yang amat menjengkelkan! Sistem sepakan penalti yang sungguh mengelirukan ini membuatkan kita seperti tidak bersemangat untuk mengambilnya. Sejak sistem ini yang diperkenalkan sejak tahun lepas, kitaorang masih lagi tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan sistem ini. Harap Konami dapat lakukan sesuatu untuk edisi tahun depan.

12002598_1641757489441231_7171439880458187539_o

So, Boleh Beli or Boleh Blah?!

+ Dribbling yang sangat smooth dan ringan.

+ Penambahbaikan shooting mechanics yang amat ketara.

+ Graphics yang boleh buat air liur korang meleleh.

+ Nafas baru Master League yang sangat cantik dan kemas.

+ Pengenalan import images bagi mengatasi kelab yang tidak mendapat lesen.

– Terlalu sukar untuk mendapat foul.

– Sistem sepakan penalti yang sangat mengecewakan.

KEPUTUSAN: BOLEH BELI!

Comments

comments

REVIEW OVERVIEW
Dribbling
10
Shooting Mecahanics
9
Graphics
9
Master League
8
Import Images
9
Previous articleTokyo Game Show: Yakuza Kiwami Bakal Ke PS4??
Next articleDestiny: Jom Berperang di King’s Fall Raid Ep. 1
Faiz Tobeng
Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.
  • Jojajoja

    Good review and explaination.. keep up the good work..

    • Faiz Tobeng

      Thanks bro! Stay tune for our FIFA 16 review coming soon 🙂

  • Tom

    Penalty System saya rasa ada improvement tahun nih… Lebih mudah nk selamatkan penalti kalau kita tunggu hala tuju bola disepak sebelum bergerak ke arah bola tu.
    Berbanding tahun2 sebelum ini dimana mmg tahap keberjayaan hanya 10%. Ini mungkin disebabkan ada improvement of movement keeper.

    Selain foul yg kurang diberikan pengadil sebagaimana artikel di atas. Pada pandangan saya, passing assist level adalah terlalu tinggi. Boleh dikatakan passing level 1 sama dgn passing level 3 tahun lepas.
    Mungkin penambahbaikan 2 elemen ini dpt dilakukan dlm masa terdekat utk menyempurnakan game yg mmg cemerlang tahun ini.

    Rating saya 8/10.

    Apapun ni hanya berdasarkan permainan saya level top player. Superstar x mampu llagi.. ?

    • Faiz Tobeng

      Ya betul, penalti ada sedikit perubahan. Tapi terlalu sedikit. Belum cukup untuk perbaiki sistem sebelum ini yang memang menghampakan.

      Ya passing rasa sedikit mudah kali ini. Mungkin bro boleh off kan terus pass assist tu.

      Terbaik bro (Y)

  • Pingback: PES 2016: Boleh Beli Ke Boleh Blah? - Kisah Bola Sepak Malaysia()

  • Pingback: PES 2016: Updates Tiap Minggu Bermula 1 October Ini! | JomGaming!()

  • Pingback: FIFA 16: Boleh Beli or Boleh Blah!? | JomGaming!()

  • Pingback: Dapatkan Jersi & Logo Liga Malaysia Dalam PES 2016! | JomGaming!()