pes-sea-cl-season-2-1

Champions League Asia Tenggara (SEA CL) PES 2016 untuk musim kedua akan bermula esok! Jom tengok siapakah wakil-wakil dari Malaysia, Indonesia, Thailand & Vietnam.

JomBaca: PES 2016: Wakil Malaysia Juara SEA CL, Jom Tengok Aksi Final Menentang Indonesia

Malaysia

Pastinya, wakil-wakil dari Malaysia bakal menjadi tumpuan utama, dengan Erwan Degasa sebagai juara bertahan semestinya ingin menyambar kejuaraan buat kali kedua. Selain itu, semi-finalist musim lalu MD Krie akan disertai dengan dua lagi wakil iaitu Syeriiqbal Mustapha dan Yazid Dragon.

pes-sea-cl-season-2-malaysia

Indonesia

Zacky Asyari pastinya menggalas tugas besar pada kali ini, apabila beliau pastinya ingin menebus kekalahan di peringkat akhir pada musim lalu. Menyertai finalist musim lalu itu adalah Ahmad Habibie, Lucky Maarif dan Hery.

pes-sea-cl-season-2-indonesia

Thailand

Lensa musim kedua ini pastinya akan tertumpu kepada penyertaan wakil-wakil dari Thailand, dengan penampilan Bossui Rjuikorn – antara pemain paling kental di Asia dan Juara PES dari negera Siam itu. Apa yang lebih menarik mengenai penghantaran wakil dari pihak Thailand adalah salah seorang dari mereka adalah warga Indonesia, Yunan Akira yang menempahkan tempatnya di Liga Sienwinning of Thailand (Liga Domestik Thailand). Dua lagi wakil mereka adalah Puttapon dan Samadtana.

pes-sea-cl-season-2-thailand

Vietnam

Wakil-wakil dari Vietnam juga tidak harus dipandang sebelah mata kerana mereka juga merupakan antara pesaing hebat di rantau ini. Juara mereka Quan Bi akan diringi dengan 3 lagi wakil iaitu Dinh Quoc Cuong, Tran Nam dan Jimmy Nguyen.

pes-sea-cl-season-2-vietnam

+++

Di bawah adalah jadual atau garis masa yang bakal berlangsung untuk musim kedua ini:

pes-sea-cl-season-2-timeline

Undian bagi peringkat kumpulan dijangka diumumkan pada hari esok. Teruskan bersama JomGaming untuk mengetahui berita terkini mengenai SEA CL ini.

[KEMASKINI]

Undian peringkat kumpulan telah dikeluarkan. Berikut adalah undian tersebut yang telah diumumkan di Facebook penganjur online tournament ini, PES League Asia semalam (1/12/2015):

pes-sea-cl-group-2pes-sea-cl-group-1

JomBaca: PES 2016 Edisi Percuma Diumumkan Eksklusif Untuk Playstation

Comments

comments