Mana geng-geng Ganu kita, moh ucapkan selamat tinggal kepada FIFA 17!

KuppyStation akan menganjurkan sebuah pertandingan FIFA 17 pada hujung bulan ini. Pertandingan ini adalah umpama “pertandingan perpisahan” sebelum kita semua beralih kepada musim baru FIFA 18.

Selain mengucapkan selamat tinggal kepada FIFA 17, pertandingan ini juga menawarkan hadiah yang cukup lumayan! Berikut adalah butiran yang perlu korang tahu tentang pertandingan ini:

Nama pertandingan: Terengganu FIFA 17 Challenge
Tarikh: 30 September 2017
Masa: 8 pagi hingga 6 petang
Lokasi: Chicken Cottage, Kuala Terengganu
Yuran: RM30 (dibayar sebelum 24 September), RM40 (dibayar selepas 24 September)
Slot: 64 pemain sahaja
Hadiah kemenangan:
-Juara – RM1,000
-Naib Juara – RM800
-Tempat Ketiga – RM600
-Tempat Keempat – RM400

Korang boleh daftar nama korang dengan PM Facebook Page KuppyStation.

Apa yang paling menarik tentang pertandingan ini? Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT – Terengganu FA) bakal menaja empat pemain terbaik dalam pertandingan ini, untuk dibawa keĀ Red Bull Coliseum – sebuah kejohanan esport besar-besaran yang turut akan disertai oleh beberapa negara Asia Tenggara lain, berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober ini.

Walau bagaimanapun, di Red Bull Coliseum itu nanti, empat pemain ini akan bermain FIFA Online 3.

Ya, korang bacanya dengan betul. Terengganu FA bakal menaja pemain-pemain ini! Ini merupakan langkah awal, sesi percubaan dan persediaan Terengganu FA untuk memasuki arena esport.

Nak tahu lebih lanjut tentang perkara ini? Korang kena teruskan bersama JomGaming kerana kami akan melaporkan pengumuman eksklusif tentang penglibatan Terengganu FA ini.

Comments

comments