Ini telah diumumkan oleh Atlus baru-baru ini.

persona-5-00

Nampaknya Persona 5 akan terlepas tarikh Valentine iaitu 14 Februari dan menundanya ke bulan April kerana mereka ingin mempastikan kualiti terbaik untuk versi antarabangsa, ujar John Hardin selaku pengurus PR dari Atlus.

Disamping itu, pemain-pemain akan menerima pilihan untuk memilih antara audio bahasa Inggeris atau bahasa Jepun, untuk PS3 dan juga PS4. Namun begitu, ianya perlu di-download sebagai DLC yang percuma untuk semua pemilik Persona 5 nanti.

Atlus juga akan memberikan theme dan avatar untuk PlayStation 4 atas kelewatan yang tidak diingini ini.

Persona 5 akan diterbitkan pada 4 April 2017 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 3.

Comments

comments