Bermain FIFA 17 di stadium keramat Wembley? Mungkin itu adalah impian mutlak seorang peminat tegar bola sepak.

Persatuan Bola Sepak England (FA), melalui kempennya Every Gamer’s Adventure, kini kembali untuk menganjurkan pertandingan FIFA 17 untuk edisi 2017. 64 pemain betuah dari seluruh dunia akan diberi peluang untuk berentap di lokasi-lokasi terkenal di Stadium Wembley seperti The Royal Box, bilik persalinan, dan terowong laluan pemain.

Pertandingan yang akan diadakan selama satu hari ini akan menggunakan format yang sama dengan Emirates FA Cup. 64 pemain ini akan mewakili setiap 64 pasukan yang telah layak ke pusingan ketiga Emirates FA Cup (berdasarkan kelab yang anda minati semasa mengisi borang kemasukan).

Pertandingan ini akan diadakan pada 6 Mei 2017. Juara daripada 64 pemain ini bakal dihadiahkan akses VIP semasa perlawanan akhir Emirates FA Cup pada 27 Mei 2017 nanti.

Namun, pemilihan 64 pemain ini bukanlah dipilih menerusi perlawanan-perlawanan saringan kompetitif. Sesiapa sahaja dari seluruh dunia layak untuk memasukkan nama masing-masing, dan pihak mereka bakal memilih 64 pemain secara bertuah. Pada hemat penulis, ia mungkin akan mengambil mereka-mereka yang “twitfemes” atau “instafemes” kerana di dalam borang kemasukan, ia menghendaki pemain untuk mengisi username bagi Twitter, Instagram dan Snapchat.

Ia mungkin hanya sebuah pertandingan yang ingin memberikan hype untuk pihak-pihak tertentu. Tapi, anda tidak salah untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, ya tak?

Pemohonan kini telah dibuka dan akan ditutup pada 10 Mac, dan senarai 64 pemain itu akan diberitahu pada 24 Mac. Anda boleh daftar nama anda di sini.

Comments

comments