Nampaknya studio Techland berjaya menarik salah seorang bakat daripada CD Projekt RED untuk membangunkan game baru!

Damien Monnier merupakan salah seorang pereka senior di CD Projekt RED dan kini beliau telah berpindah ke studio di Finland iaitu Techland. Bagi mereka yang tidak mengenali, Techland lebih dikenali dengan dengan keluaran mereka seperti Dead Island, Dying Light dan Call of Juarez.

Bercakap dengan Eurogamer, Damien mengesahkan bahawa beliau akan terlibat dalam projek membangunkan sebuah game open world dan mempunyai unsur RPG. Sesuatu yang pastinya tidak asing bagi beliau di CD Projekt RED.

Beliau turut menyatakan bahawa game ini akan mempunyai mode single-player dan juga online co-op serta dijadualkan untuk terbit pada penghujung tahun 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.