Untuk menjadikan salah satu koleksi game milik Ubisoft untuk menjadi siri dibawah naungan Netflix!

ubisoft-netflix-series

Seperti yang dilaporkan oleh Reuter, CEO Ubisoft iaitu Yves Guillemot sedang berbincang dengan Netflix untuk mengadakan siri televisyen dari koleksi yang dimiliki oleh Ubisoft.

Seperti kita semua tahu, filem untuk Assassin’s Creed, The Division dan Watch Dogs sudah pun dalam perancangan Ubisoft Motion Pictures.

Mungkin perbincangan ini untuk siri yang masih belum diguna untuk media filem atau televisyen? Atau pun membatalkan projek filem yang masih lagi dalam awal pelaksanaan dan ditukar kepada bentuk siri berepisod?

Watch Dogs sememangnya sesuai untuk dijadikan siri berepisod kerana ia memberikan peluang penceritaan yang lebih mendalam untuk dinikmati.

Apa komen korang? Apa game dari Ubisoft yang menarik untuk ditonton?

Comments

comments