Jika korang berkira-kira untuk mendapatkan Assassin’s Creed: The Ezio Collection, berikut adalah perbandingan antara Xbox One/PS4 dengan Xbox 360/PS3.

Assassin’s Creed: The Ezio Collection akan menggabungkan 3 siri Assassin’s Creed iaitu Assassin’s Creed 2, Assassin’s Creed: Brotherhood dan Assassin’s Creed: Revelations. Malang sekali, mode multiplayer tidak akan disertakan dalam koleksi ini. Disamping itu, koleksi ini akan menerima semua DLC yang telah diterbitkan untuk ketiga-tiga siri ini.

Assassin’s Creed: The Ezio Collection akan diterbitkan pada 15 November ini untuk PS4 dan Xbox One.

Comments

comments