Siapa antara korang yang main video game tanpa henti tu?

World Health Organisation (Per­tubuhan Kesihatan Sedunia) telah menggariskan draft terkini bagi International Classification of Diseases (ICD-11) termasuk “gaming disorder”, ataupun “ketagihan bermain video game”!

Penyakit ini akan diklasifikasikan sebagai ketagihan bermain video game secara online mahupun offline sehingga mengganggu aktiviti dan kegiatan hidupan yang lain, dan terus bermain walaupun berhadapan kesan-kesan negatif dalam kehidupan akibat gaming sehingga mengganggu kehidupan personal, keluarga, sosial, pendidikan, kerjaya dan pelbagai lapangan kehidupan yang lain!

Sumber

Ketagihan video game ini nanti akan setara dengan pelbagai penyakit mental yang lain seperti ketagihan judi!

Bagaimanapun, ini tidaklah bermakna bermain game itu suatu yang tidak elok! Terdapat banyak kajian yang membuktikan bermain video game itu baik untuk pembangunan mental dan kemahiran motor. Kitorang turut mengeluarkan artikel tentang kelebihan bermain game ini!

JomBaca: 7 Kajian Bijak Pandai Yang Membuktikan Bermain Video Game Ini Baik Untuk Kesihatan

Amacam? Ada kawan-kawan korang yang ketagihan bermain game?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.