Kami sudah nampak pemain game FIFA tersenyum lebar pada tahun ini.

Bulan lalu, Konami telah mengumumkan bahawa kerjasama mereka bersama UEFA selama 10 tahun bakal berakhir selepas perlawanan akhir Champions League antara Real Madrid dan Liverpool nanti. Bermakna, lesen eksklusif sedekad yang dipegang oleh siri Pro Evolution Soccer ini akan tamat.

Semasa pengumuman ini dibuat, ramai yang menjangkakan bahawa lesen UEFA ini bakal beralih ke tangan EA Sports pula. Terbaru, spekulasi ini kelihatan seperti telah disahkan oleh seseorang yang penting untuk siri game FIFA.

Pengulas berbahasa Belanda dari Fox Sports, Evert ten Napel telah bercakap di televisyen Belanda, seterusnya mengesahkan bahawa UEFA Champions League dan UEFA Europa League akan ditambah ke dalam FIFA 19 yang bakal dikeluarkan pada tahun ini.

“Untuk kira-kira enam atau tujuh hari dalam setahun, saya merakam skrip [untuk game] yang dikemaskini di dalam studio di Utrecht bersama Youri Mulder [seorang lagi pengulas]. Dalam 2019 juga, game ini akan bertambah baik, kerana mereka telah menambah UEFA Champions League dan UEFA Europa League. Saya sudah hampir siap dengan versi 2019, yang mana akan pergi ke pusat percubaan. [Dalam pusat percubaan itu] beberapa pemain yang baik akan semak dan kemudian, ia akan pergi ke kedai pada Oktober.”

Korang boleh saksikan temubual tersebut di bawah:

Terima kasih, Eurogamer.

PES 2019 ada menyatakan yang mereka bakal membawakan lebih banyak lesen dalam siri tahun ini. Dengan lesen UEFA bakal beralih ke FIFA, apa agaknya lesen baru yang bakal dibawa oleh Konami? Mampukah memecahkan monopoli EA Sports?

Comments

comments