Beliau mahu pecahkan “sumpahan filem video game”!

David Leitch, pengarah filem Deadpool 2 telah mengambil alih peranan pengarah dari Stephen Gaghan bagi filem The Division yang telah lama diumumkan. Jessica Chastain dan Jake Gyllenhaal khabarnya masih akan membintangi filem ini nanti.

Di dalam satu temuramah, apabila ditanya mengenai “sumpahan filem video game”, David berkata, “Di dalam filem ada satu penceritaan. Di dalam video game pula, saya fikir kita mencipta penceritaan kita sendiri. Jadi tiada kesinambungan antara keduanya. Tetapi apabila terdapat dunia yang begitu menakjubkan seperti di dalam The Division, di mana ramai orang mengambil masa untuk meneroka dan menyelesaikan permasalahan kompleks serta terlibat di dalam aksi hardcore…ianya kelihatan seperti kita boleh menjayakannya.”

The Division akan memulakan pembikinan selepas filem spin-off Fast & Furious yang juga diarahkan oleh David Leitch.

Amacam? Agak-agak boleh ke David Leitch ni hasilkan filem video game yang ok? Apa aje filem yang diadaptasi dari video game yang OK?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.