Pengembaraan Nathan Drake akan dibawa ke layar perak yang bakal diarahkan oleh Shawn Levy (Stranger Things, siri Night of The Museum) dan ditulis oleh Joe Carnahan serta dibintangi oleh Spider-Man, Tom Holland sebagai Nathan Drake muda.

Dalam temuramah bersama Nerdist dilaporkan oleh Entertainment Weekly, Shawn Levy berkongsi pendapat tentang Uncharted dan merasakan Uncharted ialah satu game yang menakjubkan.

“Apa yang membuatkan Uncharted hebat ialah jiwa dan aksi keseluruhan game itu membawa satu semangat berbeza ditambah lagi oleh gaya nakal Nathan Drake sebagai pengembara adalah formula terbaik untuk dijadikan satu filem.”

Levy juga sedar akan filem-filem dibikin berdasarkan game tidak menjana hasil begitu memberangsangkan.

Tom Holland akan bawakan watak Nathan Drake semasa muda untuk filem Uncharted.

Namun, beliau mendapat idea untuk fokuskan filem Uncharted kepada jalan cerita Nathan Drake muda apabila beliau bertemu dengan Tom Holland.

Levy berkata, “Bagi saya, dia (Holland) adalah sangat sesuai untuk penceritaan filem ini jika kita membawakan cerita asal Nathan Drake iaitu Tom Holland sebagai Drake muda dan ini merupakan cerita yang kita tidak pernah lihat dalam game sebagai plot dalam game 1, 2, 3, 4.”

Sully melihat potensi besar pada Nathan Drake dan ambil Nate di bawah ajarannya.

“Kami sudah lihat beberapa bibit-bibit Nathan Drake muda ditonjolkan dalam game seperti perjumpaan Sully dan Drake buat pertama kali. Ini mungkin adalah satu peluang untuk buat filem pencarian harta karun dengan gaya unik tersendiri iaitu membawakan protagonis dalam satu babak dalam kehidupannya yang anda tak akan dapat secara percuma dengan hanya bermain di rumah.”

Beliau juga teringin untuk menangkap ciri-ciri yang membuatkan Uncharted menjadi satu game hebat dengan membawakan aksi dan visual gempak ke dalam cerita Drake seterusnya yang anda tidak pernah lihat dan diberitahu dalam game sebelum ini.

Nathan Drake muda dalam Uncharted 4: A Thief’s End.

Selain itu, harapan beliau untuk menjayakan filem Uncharted ialah buat filem mengikut ton dan gaya asli game Uncharted serta menyampaikan filem Uncharted dalam gaya ala-ala siri filem Indiana Jones kepada audiens yang tidak membesar bersama filem Indiana Jones.

Anda boleh lihat dan dengar lebih berkenaan filem Uncharted di video temuramah Shawn Levy bersama Nerdist di minit ke 22:26:

Joe Carnahan terkenal dengan The A-Team dan The Grey pernah memberitahu sebelum ini bahawa beliau menulis filem Uncharted penuh dengan aksi gempak R-rated dan juga tidak mengikut langsung gaya Indiana Jones.

Filem Uncharted sudah lama berlegar sejak 8 tahun yang lalu di Hollywood dan beberapa calon pelakon Hollywood dikaitkan dengan watak Nathan Drake seperti Mark Wahlberg dan Chris Pratt namun diberikan kepada pelakon British, Tom Holland. Holland juga bercadang watak Sully untuk dibawakan oleh Jake Gyllenhaal atau Chris Pratt.

Isu filem Uncharted juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila Naughty Dog nafikan penglibatan secara langsung dalam filem ini setelah skrip filem Uncharted disiapkan oleh Carnahan. Pengarah dan juga penulis Uncharted 4: A Thief’s End, Neil Druckmann umumkan melalui Twitter bahawa Carnahan tidak mendapat apa-apa sokongan daripada studio Naughty Dog.

Nadine dan Chloe mengembara ke India mencari Tusk of Ganesh

Siri game Uncharted kembali dengan stand-alone terbaru, Uncharted: The Lost Legacy fokus kepada pengembaraan Chloe dan Nadine yang bakal dikeluarkan pada hari esok, 22 Ogos 2017 khas untuk PS4.

Setakat ini, tiada lagi tarikh rasmi diumumkan untuk tayangan filem Uncharted.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.