Salah satu trend terbesar buat industri video game masa sekarang adalah game bergenre battle royale.

Walaupun bukan yang pertama, PUBG-lah membuatkan genre ini menjadi fenomena, diikuti pula dengan game Fortnite: Battle Royale. Game-game lain juga mengikut trend ini dan mula menambahnya ke dalam game mereka.

Take -Two Interactive, penerbit beberapa game besar seperti siri GTA dan Red Dead, telah memberi respon terhadap fenomena game battle royale. CEO Take-Two, Strauss Zelnick berkata ia merupakan perkara yang “sangat menarik” untuk melihat ledakan populariti game bergenre battle royale. Walau bagaimanapun, Zelnick menekankan bahawa Take-Two yang terdiri daripada Rockstar Games dan 2K Games, secara umumnya mahu mencipta jejaknya sendiri daripada menjadi sesuatu yang “tidak asli” dengan mengikuti jejak langkah sesuatu yang sudah pernah dihasilkan sebelum ini.

“Saya akan meneliti bahawa kejayaan seseorang adalah perkara yang menarik dan kami sememangnya dimaklumkan dari para pesaing kami. Tapi matlamat kami adalah untuk menjadi inovatif. Dan malah, tajuk yang bagus mengikuti sesuatu yang tidak asli, tidak pernah melakukan sesuatu yang inovasi seperti yang dijangka,” kata Zelnick.

Sebagai contoh, Zelnick menekankan kepada Red Dead Redemption. Beliau berkata ramai yang mungkin mempertaruhkan terhadap game ini. Yang mana telah dikeluarkan pada tahun 2010, kerana pada masa itu, ramai yang fikir bahawa game dengan tema Barat tidak akan berjaya. Akhirnya game itu berjaya dengan cemerlang sehingga ia membawa kepada penantian sekuel tahun ini.

Strauss Zelnick, CEO Take-Two Interactive

“Apabila kami keluarkan game Red Dead Redemption, ramai yang fikir tema Barat tidak akan berjaya. Ia merupakan jangka masa panjang yang teruk sejak game bertemakan Barat dikeluarkan. Rockstar telah mengambil risiko kreatif yang besar dan keputusannya adalah sangat cemerlang,” katanya.

Zelnick mengatakan bahawa beliau tidak menjangkakan Rockstar dan 2K tidak akan tertarik untuk menjadi “tidak asli” dengan apa yang mereka hasilkan. Walau bagaimanapun, Zelnick mengakui bahawa jika gamers mahu game seperti PUBG, Take-Two mungkin akan bawakannya.

“Sememangnya, kami bermain dalam dunia dan kami dimaklumkan tentang apa yang berlaku. Ia adalah tugas kami untuk membawakan kepada pengguna apa yang mereka mahukan.”

Sumber: Gamespot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.