Masa untuk harumkan nama tanah air tercinta!

Pendaftaran untuk pusingan kelayakan World Electronic Sports Games (WESG) peringkat Asia Tenggara kini telah dibuka. Korang kini sudah boleh mendaftar untuk tujuh acara game yang akan dipertandingkan untuk peringkat Asia Tenggara, yang terdiri daripada:

  • DotA 2 (Kumpulan umum/campuran)
  • CounterStrike: Global Offensive (Kumpulan umum)
  • CounterStrike: Global Offensive (Kumpulan wanita)
  • Hearthstone (Kumpulan umum)
  • Hearthstone (Kumpulan wanita)
  • StarCraft II (Kumpulan umum)
  • Vainglory (Kumpulan umum)

Korang boleh daftar di laman web rasmi WESG Asia Tenggara.

Malang buat komuniti Pro Evolution Soccer (PES), game ini dipertandingkan di peringkat Grand Finals nanti, namun pusingan kelayakan peringkat Asia Tenggara tidak membawakan PES 2018. Harap bersabarlah ya.

JomBaca: Air Asia Ajak Atlit Esports Lelaki & Wanita 38 Negara Sertai WESG, Tourney Ala Olimpik

WESG merupakan tournament esports antarabangsa yang telah dianjurkan selama beberapa tahun sebelum ini oleh Alisports, anak syarikat Alibaba Group yang dimiliki Jack Ma.

WESG edisi 2018-2019 ini yang dicanang sebagai acara Olimpik Esports terbesar akan berlangsung dari Julai 2018 – Mac 2019 nanti dan akan melibatkan 38 buah negara dari rantau China, Jepun, AS, Kanada, Russia, Asia Tenggara dan Oceania!

Pada tahun ini, jumlah prizepool WESG telah mencapai USD5.5 juta dengan prizepool peringkat ASEAN mencapai USD150,000!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.