Jom kembali racing dalam dunia open-world Ubisoft ini!

Ubisoft telah mengumumkan bahawa pendaftaran untuk sesi beta The Crew 2 telah dibuka. Untuk mendaftar, mudah sahaja, apa yang perlu korang lakukan adalah log masuk ke dalam akaun Ubisoft korang dan​ pilih platform mana yang korang ingin dapatkan kod beta itu.

Korang boleh mendaftar di sini.

Tarikh sesi beta ini akan dimulakan serta apakah kandungannya nanti masih belum didedahkan.

The Crew 2 pada asalnya dijadualkan akan dilancarkan pada 16 Mac 2018, tetapi kini telah ditunda ke satu tarikh yang belum diumumkan atas beberapa sebab.

The Crew 2 bakal hadir ke platform PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.