Pengarah kreatif and penulis tiga game terawal Uncharted meluahkan perasaan “terseksa” beliau dalam industri video game.

Amy Hennig bukan calang-calang orangnya kerana beliau ialah seorang wanita yang sudah lama berkecimpung dalam industri video game sebagai pengarah, pereka dan penulis kreatif sejak pada tahun 1980-an.

Pembangun game veteran berumur 53 tahun itu mendedahkan rasa hampa beliau bekerja dalam pembangunan video game dalam sebuah temuramah Polygon bersama Sean Vanaman, pengasas Campo Santo, penulis Firewatch dan ketua penulis The Walking Dead: Season One.

Hennig berkongsi pengalamannya, “Jadi, saya telah bekerja dalam kira-kira 15 game dalam tempoh 28 tahun dan bukan kesemuanya dapat dilancarkan. Namun, sekarang saya lihat rekod kerja saya dan berkata pada saya sendiri: “Kalau video game kena ambil masa tiga, empat, lima tahun untuk bangunkan, berapa banyak lagi percubaan membangunkan video game yang saya ada sekarang?”. Dan saya tak mahu sia-siakan peluang itu.”

Nathan Drake dalam Uncharted 3: Drake’s Deception (2011)

Hennig merupakan antara orang-orang penting terlibat dalam pembangunan siri Uncharted dari Uncharted 1 sehingga Uncharted 3 sebagai pengarah dan penulis serta juga mengambil tugas sama untuk pembangunan Uncharted 4 sehingga beliau digantikan oleh Neil Druckmann dan Bruce Straley pada tahun 2014 di Naughty Dog.

Sejurus selepas itu, Hennig menyertai Visceral Games dan bekerja dalam pembangunan game tidak bernama Star Wars sebelum penutupan studio itu oleh EA pada Oktober tahun lepas kerana game single-player sudah “mati” menurut kata EA.

Saya sudah tidak mengeluarkan game sejak tahun 2011 dan ianya “membunuh” saya. Saya bekerja dalam pembangunan Uncharted 4: A Thief’s End selama 2 tahun setengah dan selepas itu, saya bekerja dalam pembangunan game Star Wars untuk tiga tahun setengah. Saya rasa bersyukur kerana kebanyakkan hasil kerja saya dimasukkan ke dalam Uncharted 4 dan kita lihat pula apa akan jadi dengan game Star Wars nanti,” luahan hati Hennig.

Gambar terawal menunjukkan game Star Wars dibangunkan oleh Visceral Games.

Kemudian, Hennig mengaku beliau berasa berdukacita kerana sudah lama tidak mengeluarkan video game sejak Uncharted 3: Drake’s Deception pada tahun 2011 bersama Naughty Dog.

Hennig berkata, “Jika awak fikir sejenak, “OK, tunggu sebentar. Betapa senangnya untuk “bakar” masa enam tahun dan tak terbitkan apa-apa game.” Jadi, saya melihat dari perspektif senjata api sebegini, “OK, berapa banyak peluang saya ada.” Saya terus melihat dari metafora berbeza-beza seperti “berapa banyak peluru saya ada dalam pistol ini?”. Saya hanya mahu tahu yang saya sudah membuat keputusan yang betul.”

Hanya tinggal kenangan.

Selain itu, Hennig juga tidak memahami fenomena siaran secara langsung (streaming) di Twitch dan YouTube kerana orang hanya menonton sahaja dan ini boleh melenyapkan pengalaman bermain game itu serta tiada lagi merasai sendiri elemen rahsia dalam naratif video game secara dekat.

Beliau menambah, “Mungkin kalau kita cakap sahaja, “Apa kata kita buat rancangan sahaja. Mari kita namakan rancangan Firewatch.” Ini mungkin tidak laku kerana apa yang akan hilang ialah persembahan game dan elemen tidak diketahui yang datang dari pemain sendiri. Itulah yang membuatkan kita mahu bermain. Ini adalah sebab sama kenapa kita tengok perlawanan sukan dan rancangan realiti TV. Kita tak tahu apa akan jadi.”

Dalam sesi temuramah antara pembangun game senior (Hennig) bersama junior 20 tahun lagi muda (Vanaman), mereka membincangkan tentang pelbagai permasalahan wujud dalam pembangunan video game skala triple-A ataupun indie dari segi bajet, berapa ramai orang perlu terlibat dalam pembangunan game, bertukar pengalaman membangunkan game naratif dalam industri video game dan berkongsikan game-game kegemaran mereka antara satu sama lain bagi tahun 2017.

Vanaman kini sedang giat membangunkan game akan datang berjudul, In the Valley of Gods di Campo Santo yang baru sahaja diumumkan di The Game Awards baru-baru ini manakala Hennig tidak membangunkan apa-apa game buat ketika ini tetapi masih lagi positif terus bekerja dalam industri video game sambil menceritakan sejarah pengalaman luas selama lebih 25 tahun dari bekerja untuk Michael Jordan: Chaos in the Windy City, juga siri Legacy of Kain dan seterusnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.