Apa kata beliau terhadap game yang sering menjadi perbandingan kepada game ciptaannya?

PUBG dan Fortnite. Dua game yang sering meniti di bibir gamers masakini. Semasa Fortnite: Battle Royale pertama kali diperkenalkan, terdapat kenyataan yang dikeluarkan oleh pembangun PUBG yang mahu mengambil tindakan undang-undang kepada Epic Games kerana meniru game mereka.

Terbaru, pencipta PUBG sendiri, Brendan Greene ada bercakap sedikit tentang Fortnite, dalam satu temuramah baru.

Selepas menyampaikan ucapannya di GDC tentang perjalanan beliau dari DayZ dan modding Arma hinggalah menjadi pengarah kreatif PUBG Corp., Greene telah ditanya dengan satu soalan yang sangat dinantikan ramai: “Apakah pandangan kamu tentang Fortnite?”

“Saya mempunyai banyak pandangan,” kata Greene, lapor PC Gamer.

 

“Tidak, ia adalah bagus,” sambung beliau selepas ada sesetengah hadirin yang ketawa. “Maksud saya ia adalah bagus yang ruang battle royale sedang berkembang, dan bahawa Fortnite mendapat gamemode battle royale ke tangan lebih ramai pemain. Jadi, kamu tahu, ia mengembangkan genre itu.”

Greene kemudiannya menjelaskan tentang bagaimana pembangun game sering dilihat ingin menjatuhkan mana-mana game lain yang bersaing dengan game mereka – satu persepsi yang beliau rasa sangat tidak tepat.

“Saya ditanya soalan ini beberapa kali, apa kamu lakukan untuk atasi ini? Apabila [PUBG] keluar, kami membunuh [H1Z1]. Apabila H1 keluar, kami membunuh Arma 3. Kami tidak keluarkannya untuk membunuh game-game ini. Saya tidak faham sikap ini, seperti ‘kamu dah mati’. Kami semua di sini adalah baik-baik sahaja. Kami tidak ada battle royale di dunia sebenar.”

“Saya benar-benar cuba untuk atasi persepsi bahawa saya mahu game orang lain mati,” sambung beliau. “Ia adalah bagus yang lebih ramai menjelajah ruang ini dan lebih ramai dapat bermain game.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.