Selepas diacah-acah di Twitter masing-masing, akhirnya mereka mengumumkan – Square Enix dan Marvel bakal bekerjasama dalam projek The Avengers!

Penantian bagi sebuah game berdasarkan team superhero Avengers dari Marvel nampaknya bakal berakhir. Selepas pengumuman penuh misteri dari Marvel dan Square Enix kelmarin, semalam mereka mengumumkan kerjasama mereka dalam menerbitkan beberapa video game, dan dimulakan dengan game The Avengers.

Teaser trailer yang dipaparkan adalah pendek memaparkan babak pasca-peperangan dengan tukul Thor, cebisan baju besi Ironman dan perisai Captain America. Ianya kemudian disudahi dengan #Reassemble.

#Reassemble menjadi slogan baru untuk kerjasama ini. Projek ini akan diketuai oleh Crystal Dynamics dan Eidos Montreal – kedua-dua studio dimiliki penerbit Square Enix dan masing-masing dengan portfolio game yang cukup hebat; Crystal Dynamics (Tomb Raider) dan Eidos Montreal (Deus Ex, Thief, Tomb Raider).

Gambar hiasan. Bukan dari Projek kerjasama Square Enix dan Marvel.

Tiada tarikh diumumkan bagi game tersebut, namun jika dilihat kepada perancangan Marvel Cinematic Universe – kita boleh menantikan beberapa game yang akan diterbitkan sepanjang beberapa tahun yang akan datang.

Square Enix khabarnya akan mengumumkan maklumat lanjut berkenaan projek ini menjelang 2018. Filem berikutnya dalam siri filem The Avengers, Infinity Wars dijangka akan diterbitkan pada 4 Mei 2018. Kitorang menjangkakan pengumuman dari Square Enix itu nanti akan berlaku sekitar tarikh itu juga.

Kali terakhir The Avengers pernah membintangi video game mereka sendiri adalah pada tahun 1991 apabila Data East menerbitkan Captain America and The Avengers, sebuah game arked beat-em-up! Beberapa game lain dikeluarkan selepas itu seperti Lego: The Avengers dan Disk Wars: The Avengers, namun game-game tersebut tidak dianggap sebagai game Avengers di kalangan peminat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.