Sudah 3 per 4 siap!

Capcom telah mengumumkan Devil May Cry 5 pada E3 lalu yang mana video trailer pengenalan turut diperlihatkan.

Terbaru, dalam keluaran majalah Famitsu (via WCCFTech.com), Capcom telah mengesahkan yang pembangunan game ini telah 75% siap. Majalah itu turut berkongsi yang penjahat (villain) dalam Devil May Cry 5 adalah yang terkuat pernah dihadapi oleh Nero dan Dante, serta ada sesuatu misteri sedang berlaku dalam Demon World.

Nero dikatakan sedang mendapatkan semula sesuatu yang beliau telah hilangkan, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah Demon Arm, Kyrie atau ada sesuatu yang lain.

Famitsu menyatakan lagi yang pada musim panas ini (sekitar Jun hingga September), lebih banyak info tentang Devil May Cry 5 akan didedahkan.

Devil May Cry 5 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada Mac 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.