Setelah sekian lama menunggu, pemain No Man’s Sky dapat berjumpa antara satu sama lain dan tidak berasa kesunyian lagi dalam berjuta-juta planet dalam pelbagai galaksi.

Jumpa pemain lain dalam bentuk bola-bola api terapung.

Melalui update baru No Man’s Sky, ia membolehkan pemain masuk dalam multiplayer iaitu merupakan satu ciri yang ditunggu-tunggu oleh pemain sebelum game ini dilancarkan.

Atlas Rises adalah update terbaru dan percuma untuk game yang menambahkan visual menandakan terdapat ada pemain lain berdekatan atau berada dalam kawasan. Anda juga boleh berborak melalui voice chat dengan 16 pemain lain.

Dua pemain, DesignationG dan Robe_meny82 bertemu buat kali pertama melalui expansion Atlas Rises setelah beberapa minit sahaja dilancarkan pada minggu lepas. Pertemuan pertama mereka terukir di bintang dalam Reddit.

Berikutan update ini, pemain berpeluang untuk stream multiplayer No Man’s Sky di pelbagai saluran video.

Sebelum ini, No Man’s Sky pernah dilanda kontroversi kerana dakwaan pengiklanan palsu sehingga dilancarkan siasatan oleh Advertising Standards Authority (ASA) tetapi tidak didapati bersalah.

Selain berjumpa dan berborak dengan pemain lain dalam No Man’s Sky, tiada lagi tarikan baru diusulkan oleh Hello Games untuk update baru ini tetapi mungkin ada ciri baru yang akan menyusul akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.