Minggu lalu, Telekom Malaysia (TM) telah mengacah para penggunanya dengan satu pelan Unifi baru yang akan diumumkan pada hari ini (12 Julai), yang mana ia dikatakan berkelajuan 30Mbps pada harga bawah RM100.

Kredit: Amanz.

Terkini, TM telah berkongsi lanjut tentang pelan baru Unifi ini. Digelar Unifi Basic, ia menawarkan kelajuan internet 30Mbps pada harga RM79 sebulan, tetapi didatangkan bersama kuota data terhad sebanyak 60GB sahaja.

Menurut laporan Amanz, pelan ini ditujukan secara eksklusif kepada pengguna isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM4500.

Pelan Unifi Basic ini hanya menawarkan akses kepada internet sahaja, bermakna tiada perkhidmatan telefon serta Unifi TV.

Pendaftaran untuk Unifi Basic akan dibuka pada 15 Julai ini di laman web rasmi TM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.