Nampaknya studio Overkill Software telah mengambil keputusan untuk memasukkan microtransaction dalam game Payday 2. Adakah ia satu tindakan yang bijak?

payday-2-black-market

Nampaknya satu lagi studio gaming telah mengambil keputusan untuk menjual in-game items bagi memberikan sedikit kelebihan kepada player yang sanggup berbelanja lebih. Bagi yang kurang mengenali apa itu Payday 2, ia merupakan sebuah game FPS yang mengutarakan konsep rompakan bank dan 2 pasukan akan bertarung mengambil bahagian sebagai perompak dan satu lagi sebagai polis khas.

payday-2-shoot-out-2Dalam patch terbaru Payday 2 ini, korang diberi pilihan untuk membeli sebuah drill yang dapat membuka sebuah peti besi yang istimewa. Peti ini tidak dapat dibuka oleh drill lain dan juga tak dapat diperolehi selain cara membelinya menggunakan duit betul. Drill tersebut boleh dibeli dengan harga USD 2.50 atau sekitar RM 10. Didalam peti besi istimewa ini, korang berpeluang untuk mendapat weapon skins yang boleh mempengaruhi stats. Sistem ini telah diberikan nama Black Market oleh developer.

payday-2-shoot-outAdakah microtransaction begini bagus untuk gamer? Adakah ia merupakan satu sistem yang perlu ada bagi studio gaming untuk menghasilkan game yang seterusnya?

Apa pendapat korang mengenai issue pay to win sebegini?

Comments

comments