PlayerUnknown’s Battlegrounds untuk versi Xbox One telah menerima patch baru yang membawakan beberapa ciri baru, kestabilan frame rate yang lebih lancar.

Patch baru ini menekankan ciri seperti penambahan sokongan mode first-person, sesuatu yang tidak lengkap untuk versi konsol sejak pelancarannya.

Ia hanya boleh didapati dalam mode solo buat masa sekarang. Server FPP akan boleh dilancarkan ke Amerika Utara, Eropah dan Oceania. Kemaskini ini juga meningkatkan prestasi klien dan server serta memperbetulkan kerosakannya yang sebelum ini.

Akhir sekali, patch ini menambah pergerakan analog apabila melompat keluar dari kapal terbang dan semasa sedang menggunakan payung terjun. Ini merupakan bahagian yang paling teruk dalam game ini oleh sebab frame rate yang rendah dan juga kerana analognya tidak menampilkan sebarang pergerakan.

Pembaikian ini membolehkan pemain bergerak dengan lebih mudah. Baca senarai penuh di bawah untuk mengetahui perubahan yang sudah dilakukan:

Gameplay

  • Pergerakan membidik sekarang boleh diubahsuai oleh pemain melalui pilihan dalam game.
  • Serangan senjata pemain telah dipertingkatkan terhadap kenderaan. Mereka akan terus memantau maklum balas pemain dan telemetri dan membuat pelarasan pengimbangan seperti yang diperlukan untuk kemaskini pada masa depan
  • Barisan perlawanan Solo FPP akan boleh didapati untuk server Amerika Utara/Eropah/Oceania. Kami akan membuka mode-mode lain dalam kawasan-kawasan tersebut
  • Telah memperbaiki isu yang menyebabkan cahaya dalaman dan bayang-bayang yang kelihatan terlalu gelap dan biru
  • Pergerakan analog ditambah untuk keluar dari kapal terbang dan juga semasa menggunakan payung terjun

Pengoptimuman 

  • Penambahbaikan prestasi PhysX
  • Server FPS dipertingkatkan
  • Klien FPS dipertingkatkan
  • Sesetengah VFX menerima pengoptimuman

Pilihan

  • Pilihan untuk membuka / menutup lagu ditambah

Bug yang diperbaiki

  • Menangani beberapa masalah kerosakan
  • Membaiki isu UI yang dapat dikesan apabila beberapa pemain cuba untuk loot dari sumber yang sama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.