Dentuman gendang-gendang mengasyikkan yang pernah menggegarkan PlayStation Portable (PSP) suatu ketika dahulu kini kembali ke PS4.

Secara asalnya, Patapon dibangunkan oleh Pyramid dan dikeluarkan oleh JapanStudio pada tahun 2008 semasa zaman kegemilangan PSP.

Patapon berjaya menarik perhatian pelbagai pihak apabila rentak gendang-gendang ini berupaya untuk mencipta satu inovasi baru ke dalam game bergenre muzik.

Dari kiri: Patapon (2008), Patapon 2 (2009) dan Patapon 3 (2011)

Patapon merupakan antara game yang patut dimiliki untuk semua pemilik PSP kerana game ini berjaya merangkul game terbaik untuk PSP. Oleh sebab kejayaan Patapon, terdapat beberapa sekuel game dikeluarkan iaitu Patapon 2 dan Patapon 3.

Pada 1 Ogos 2017, JapanStudio mengeluarkan Patapon ke dalam konsol PS4 berjudul Patapon Remastered yang merupakan suatu kelainan kepada saya kerana sebelum ini Patapon dilancarkan khas untuk handheld.

Adakah keseronokan mengikut rentak gendang bertukar apabila muncul ke dalam konsol? Jom baca review Patapon Remastered: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Kisah suku Patapon bangkit dari kejatuhan

Pada suatu ketika dahulu, suku Patapon purba berwarna putih dan hitam merupakan suku paling gagah dan disegani ramai apabila mereka memiliki gendang Mighty One yang dikurniakan kuasa keberanian, kepandaian, kekuatan serta rahsia JuJu.

Dipimpin oleh Great Mighty Patapon, suku Patapon purba mengembara ke Earthend dalam pencarian IT, satu entiti suci yang dipercayai membawa banyak berkat hidup suku Patapon purba.

Kini, suku Patapon hidup segan mati tidak mahu apabila mereka ditimpa pelbagai cabaran dan hampir ditawan oleh empayar Zigoton berwarna merah dan hitam. Namun, sayup-sayup gendang kedengaran jauh membawa irama “pon, pon, pon, pon” mengembalikan sinar harapan Patapons.

Salah satu askar Patapon dengar irama yang membuatkan dia tersedar dari jatuh di medan peperangan dan terus berarak kembali.

Tugas anda sebagai Mighty Patapon

Apabila anda membawa kembali Yaripon bersama Hatapon ke Patapolis (lokasi utama Patapons), seluruh suku Patapon berterima kasih kepada anda.

Tiba masanya Patapons bangkit mengalahkan empayar Zigotons dan mengembara mencari IT dan paling penting, mencari kembali kuasa gendang suci Mighty One serta kuasa JuJu.

Terdapat pelbagai jenis askar terdiri yang mempunyai senjata mereka tersendiri dalam batalion Patapons iaitu:

  • Hatapon membawa panji besar yang tidak menyerang dan anda perlu lindunginya dari marabahaya.
  • Tatepon berada di garisan depan, memegang perisai dan kapak
  • Yaripon memegang lembing
  • Yumipon merupakan pemanah Patapons
  • Kibapon yang memimpin ke hadapan dengan menaiki kuda
  • Dekapon ialah askar Patapon terbesar
  • Megapon mengeluarkan ritma kuat dari laungan speaker megaphone

Dilantik sebagai Mighty Patapon, anda ditugaskan untuk memimpin batalion Patapons anda seperti sentiasa mereka diberi makanan cukup, mencari senjata dan perisai sesuai untuk mengalahkan raksasa serta Zigotons yang mereka bakal jumpa semasa perjalanan misi mereka melalui Obelisk.

Bagaimana hendak menggerakkan dan mengawal askar Patapons?

Berlatarbelakangkan platformer, Patapon Remastered ialah game bergenre muzik di mana pemain perlu peka dengan bunyi rentak diberikan oleh game.

Ikut tempo yang diberikan dan pemain menggerakkan satu kumpulan askar Patapons dengan irama “pata, pata, pata, pon”.

Pata, pata, pata, pon! Empat kombinasi!

Oleh sebab game ini amat berpandukan audio, saya menasihati anda untuk bermain game ini menggunakan headphone supaya anda lebih peka kepada rentak dan bunyi diberikan oleh Patapons.

Setiap kali anda berikan rentak, rentak ini akan disahut dan dilaungkan oleh askar Patapons untuk maju ke hadapan. Makin rancak, makin seronok Patapons anda! Kerancakkan itu dijana melalui combo rentak dan membawa kepada kemuncak “Fever!”

Apabila ritma “Fever!” sudah berkumandang, Patapons akan lebih mara ke hadapan dengan serangan lebih cepat dan banyak. Anda boleh suruh askar Patapon serang melalui rentak “pon, pon, pata, pon“.

Lihat mata Patapons anda makin sepet. Ia menandakan musuh atau raksasa semakin dekat dengan mereka.

Lebih banyak anda dapat tangkap irama dan rentak, lebih kuat askar Patapons menjadi luar biasa dalam mod “Fever!”, jadi siap siaga deria pendengaran anda!

Memburu, menyerang dan mengalahkan bos: Menguruskan batalion Patapons anda.

Pengurusan askar Patapons adalah tunjang utama game ini.

Walaupun ini ialah game platformer yang bergenre muzik, strategi juga memainkan peranan penting dalam Patapon Remastered.

Setiap misi anda tempuhi melalui Obelisk akan membawa ke satu tahap misi yang lebih mencabar jadi ini memerlukan pengurusan askar yang baik.

Untuk mengalahkan musuh dan raksasa besar, anda perlu lengkapi askar-askar dengan senjata dan perisai yang memberikan serangan efektif. Senjata dan perisai selalunya anda boleh jumpa semasa dalam perjalanan misi melalui Obelisk.

Selain itu, anda juga dapat ramuan untuk menghidupkan askar-askar melalui Tree of Life semasa berburu di Hunting Grounds. Setiap ramuan seperti kayu, daging dan batu juga boleh menaikkan kekuatan askar bergantung kepada ramuan berkenaan dan memberikan penampilan warna serta rambut berbeza kepada Patapons. Serius comel gila!

Paling penting apabila anda maju ke hadapan bersama askar Patapons, rentak perlu dituruti untuk mencapai kemuncak “Fever!” dan anda harus bijak mengatur strategi semasa dalam medan perang seperti tahu bila untuk mengelak dan mempertahankan diri sendiri.

Anda akan temui lagi banyak combo rentak dalam Patapon Remastered selain “pata, pata, pata, pon” dan “pon, pon, pata, pon“.

Jangan risau kerana game ini akan selalu membimbing anda melalui tutorial terpapar di skrin. Pastikan juga untuk baca tip-tip yang diberikan semasa skrin loading kerana tip diberikan amat berguna.

Mini game Patapon Remastered yang sumpah sangat menyeronokkan!

Di Patapolis, terdapat empat mini game menarik disajikan ke Mighty Patapon (ya, itu anda) dan setiap mini game yang anda main akan memberikan pelbagai habuan hadiah berbeza bergantung kepada mini game itu.

Jom kita singgah ke UbonBon Tree! Tengoklah pokok afro ini:

Bertemu pula dengan Pop Bean Tree yang mengeluarkan kobis:

Gunung yang sukakan irama muzik! Tee-hee-hee:

Patapons ini kuat makan jadi mereka ada periuk yang boleh mengeluarkan irama dan chef menghayunkan pisau untuk hasilkan steu paling sedap:

Secara kesimpulannya…

Patapon Remastered berjaya mengembalikan nostalgia bagi yang pernah memiliki PSP dan juga game ini.

Memang seronok mengikut rentak askar-askar Patapon dan saya percaya selepas anda main game ini dalam masa setengah jam, rentak “pata, pata, pata, pon” untuk mara ke hadapan akan terngiang-ngiang dalam lubuk minda anda. Tipulah kalau tidak begitu.

Walaupun game ini tampak biasa dan ringkas sahaja, anda harus bekerja keras untuk ikut tempo diberikan dalam game. Tertinggal sahaja satu tempo dan semua Patapon kecil-kecil cili padi mata satu di tengah itu akan gelakkan anda. Percayalah.

Game ini sebenarnya agak susah bagi saya sebab saya ini agak pekak ton. Untuk memastikan ke kemuncak “Fever!” dan perlu dikawal dengan ikut rentak dengan tepat adalah cabaran besar bagi saya.

Selain itu, saya perlu lihat situasi Patapons saya berhadapan dengan jenis musuh apa. Patapons tidak boleh terus belasah sahaja musuh kerana ada musuh boleh makan askar Patapon dan batalion Patapon saya tidak boleh dikembalikan atau lebih teruk, misi gagal.

Keputusan – BOLEH BELI or BOLEH BLAH?

Kepada mereka yang sukakan genre muzik, inilah game paling sesuai untuk anda kerana game ini 100 peratus berpandukkan irama dan ton muzik menjadi ikonik selari dengan game ini.

Ada juga sedikit masalah dengan Patapon Remastered ini iaitu terdapat bunyi rentak agak lembap (lagging) justeru menghalang pemain untuk tepati setiap rentak Patapon.

Sebelum anda main game ini, anda kena korek dulu telinga siap-siap. Pastikan deria pendengaran anda bersedia untuk memimpin askar Patapon! Pata-pata-pata-pon-FEVER!!!

+ Irama muzik mengasyikkan.
+ Ringkas tapi mencabar.
+ Seronok dimainkan untuk semua peringkat umur.
+ Karakter Patapon comel yang mempunyai penampilan berbeza-beza.
+ Kombinasi muzik yang membuatkan anda peka sepanjang masa.

 Gameplay sukar dan mencabar.
Ada sedikit lagging dalam menerima bunyi rentak.
 Memang ponat dan poning sikit nak ikut irama.
 Harus ulang misi memburu banyak kali untuk kumpul duit dan membina askar Patapon.

Comments

comments