Merantau ke Korea untuk mengumpul kekuatan!

FrsotFire adalah pasukan esport yang dijenamakan semula, yang mana sebelum ini mereka dikenali sebagai Fire Dragoon Esports. Selain mempunyai pasukan FIFA yang agak mantap, antara pasukan esport yang mereka miliki sekarang ialah pasukan untuk League of Legends (LoL).

Terbaru, FrostFire telah mendedahkan yang pasukan LoL mereka akan mengadakan bootcamp ke Korea Selatan bagi mempersiapkan pasukan ini bagi menghadapi pertandingan mendatang. Bootcamp tersebut akan berlangsung di Peak PC, Jamsil selama dua minggu, iaitu dari 25 Jun hingga 9 Julai ini.

Mengapa Korea Selatan menjadi pilihan lokasi? Untuk LoL, Korea adalah rantau yang paling dominan di dunia, ia mempunyai pemain terbaik, dan juga mempunyai ping server yang sangat rendah iaitu sekitar 5 hingga 8 sahaja, kata FrostFire dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Melalui bootcamp ini, para pemain LoL FrostFire akan didedahkan dengan corak permainan pemain bertaraf dunia. Mereka akan membina sebuah asas yang kukuh untuk pemain secara individu, keserasian bersama pasukan serta menimba pengalaman yang berharga.

Perjalanan bootcamp mereka ini telah ditaja oleh Ttesports dan Thermaltake Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.