Grills Gaming (GG) telah dinobatkan sebagai juara Female SEA League edisi ke-4. Mereka telah mengesahkan kejuaraan mereka ini selepas menewaskan DIA dari Thailand 2-1 dalam sebuah Grand Finals yang cukup mendebarkan.

Grills Gaming merupakan pasukan yang dibarisi oleh pemain-pemain dari Malaysia, iaitu Bette “istarx” Chia, Tiffani “Oling” Lim, Wei Sian “TimunSama” Wong, Nicole “Catosaurus” Lim dan diketuai oleh Stephanie “auroraa” Lim.

Female SEA League adalah sebuah kejohanan yang bermula pada tahun 2013, di mana ia hanya membariskan para pemain wanita. Ia mengambil para pemain terbaik kaum hawa dari seluruh Asia Tenggara untuk mencari pasukan DotA 2 terunggul di rantau ini.

Edisi ke-4 untuk Female SEA League ini telah bermula pada September 2016. 23 pasukan telah berentap secara mingguan dalam peringkat kumpuluan berformatkan double round-robin. Ia kemudiannya diteruskan dengan 4 pasukan terbaik dalam single-elimination playoffs bermula Januari 2017.

Antara pasukan terkenal yang menyertai edisi kali ini adalah NXA dari Indonesia, Vegetable Fish Fizz (VFF) dari Thailand, Asterisk dari Singapura dan Mint AU dari Australia.

Para pemain Grills Gaming berjaya membawa pulang router bernilai SGD539 tajaan Linksys, dan set lengkap aksesori gaming tajaan Creative BlasterX.

Sumber: Stadium Astro & Vulcan Post.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.