Bagaimana korang ingin luahkan rasa cinta terhadap video game kegemaran korang? Korang namakan anak korang untuk menghargainya.

Menurut dari laporan berita tempatan The Paper, seorang bayi perempuan di daerah Shaanxi, China telah diberi nama Wang Zhe Rong Yao atau kalau diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris, Honour of Kings. Sekiranya korang tidak pernah dengar, Honour of Kings adalah sebuah video game yang sangat disukai oleh masyarakat China di sana.

Video game itu telah mendapat banyak populariti di China sehinggakan penciptanya, Tencent telah mengehadkan masa bermain untuk pemain-pemain muda selepas terdapat kebimbangan terhadap kesihatan mereka. Video game itu dianggarkan telah mempunyai sebanyak lebih dari 200 juta pemain berdaftar.

Laporan itu menunjukkan sebuah dokumen bertarikh 7 Ogos pada tahun ini yang mana mengatakan ia adalah kad identiti berdaftar, disertai dengan cop mohor jabatan polis Xi’an. Maklumat-maklumat lain seperti nama dan jantina telah dikaburkan.

Ibu bapa telah dikenali dalam menamakan anak-anak mereka berdasarkan watak-watak dalam video game dan filem. Tapi amat jarang sekali mereka menamakan anak mereka berdasarkan kepada tajuk sesebuah video game.

Pada tahun 2015, kajian telah menunjukkan bahawa 241 bayi telah diberi nama Khaleesi demi menghargai karakter┬áDaenerys Targaryen dalam “Game of Thrones”. Di Singapura, seorang lelaki menjadi tular di media sosial selepas mengetahui bahawa ibu bapanya menamakan dia Batman bin Suparman. Anak-anak juga telah diberi nama berdasarkan pelbagai watak dari Final Fantasy, Skyrim dan Star Wars.

Seorang pekerja yang sedang bertugas di stesen tersebut mengesahkan pendaftaran itu kepada The Paper. Menambah lagi bahawa mereka tidak boleh menghalang keputusan ibu bapa itu dan akan mendaftar nama anak mereka berdasarkan kepada sijil lahir.

Sumber: cnet

Comments

comments