Paris Games Week: Semua Video Teaser Trailer Dari Playstation!

Sony Press Conference baru aje berakhir sebentar tadi, dan beberapa announcement yang kitorang speculate telah pon direveal. Berikut adalah barisan video teaser trailer direlease sebentar tadi!

paris-games-week

Tengok speculation kitorang: Paris Games Week: Debaran Livestream Sony Press Conference!

1. CoD:BO3 Zombies Map

Nak tengok macamana rupa Zombies CoD di next gen consoles? Nah, video nih tunjuk gameplay menentang zombies menggunakan senjata steam-punk era WW2(?).

2. Star Wars: Battlefront

Apa best dalam teaser trailer Battlefront kali ni? Lovebirds Princess Lea dan Han Solo togeher walaupun bukan dalam scene yang sama – still awesome!

3. Street Fighter 5

Character ke 15 dari 16 character dijanjikan dalam Street Fighter 5 telah direveal. Dan ianya adalah Dhalsim versi Wak Doyok!

4. Tekken 7

Teaser trailer nih tak tunjukkan banyak benda baru – cumanya, masa segmen Playstation VR, ada announcement Tekken 7 yang juga akan disupport untuk Playstation VR! Macamana nak main tuh bai?

5. Battleborn

FPS terbaru daripada makers of Borderlands ini benar-benar berwarna-warni – macam dunia fengtau lah! Tapi character designs and classes sangat menarik! Tak sabar nak try!

6. Boundless

Tak banyak info yang kitorang jumpa pasal game ini. Cumanya ianya mengingatkan kitorang kepada campuran universe Monsters Inc. dan Minecraft.

7. Avicii | Vector

Guitar Heroes? Sekarang muda-mudi belajar jadi DJ lah! Lagi hip and happening kata mereka. Lol Mungkin game ini sesuai dengan jiwa korang yang sukakan genre muzik, sound dan gameplay sebegini!

8. No Man’s Sky

Pendek sangat teaser No Man’s SKy nih! Dari apa yang boleh kita korek, video gameplay menunjukkan aksi penerbangan spaceships, procedural planet building yang ohsem dan aksi tembak-menebak FPS. Tolong lah jangan suck No Man’s Sky!

9. Matterfall

Ingatkan tengok trailer baru untuk Warframe! Rupanya bukan – sebaliknya video awesome ini kelihatan seperti 3rd Person Shooter dalam dunia dikawal alien kristal (?). Video still vague – tapi ini antara teaser trailer yang menarik perhatian kitorang tadi.

10. Ratchet & Clank

Kalau korang tak tahu keawesomean series classic nih, korang belum layak memanggil diri korang gamer lah! Tak percaya? Kasi main dulu baru korang tahu betapa bestnya game ni!

11. DRIVECLUB BIKES

Nama pon dah salah – patutnya RIDECLUB BIKES? LOL. Apa-apahal pon expansion pack bagi DRIVECLUB ini boleh di download sekarang!

12. Horizon Zero Dawn

Gameplay lawa, character design menarik, creature design awesome – cuma satu persoalan? Takkan berburu atau diburu aje kot? Tak sabar tunggu trailer gameplay yang mendatang untuk reveal depths bagi game ni.

13. Gravity Rush 2

Video trailer Gravity Rush 2 ini menunjukkan 2 Gravity Attack tambahan – Lunar Gravity Attack membuatkan character korang laju melayang di udara. Jupiter Gravity Attack membuatkan korang berat gile ntuk move yang hempas tanah kasi pecah! Epik seyh!

14. Uncharted 4

Jahat sungguh Naughty Dog reveal trailer bagi multiplayer Uncharted 4! Elemen supernatural lagi mistikal dengan teleportation dan relics sebagai weapons of mass destruction – ternganga kitorang melihatnya!

15. Dreams

Social manager kitorang ngantuk melihat gameplay game ni. Tapi penulis merasakan ianya satu game santai dengan surprising gameplay depths yang menggalakkan replayability. Whimsically entertaining!

16. RIGS Mechanized Combat League

Imagine Rocket League punya adik saudara dalam universe game WipeOut dan movie Avatar – korang akan dapat game ini. Gabungan FPS, sejenis permainan bolasepak, robot dan kenderaan udara bersenjata. Awesome combination? Kita tunggu ajelah!

17. Until Dawn: Rush of Blood

Nampaknya Playstation VR akan ada game horror – Until Dawn: Rush of Blood. Lepas nih memang pengalaman movie horror jadi permainan kita semua lah. Or mereka yang mampu beli Playstation VR dengan nilai RM yang masih tidak diketahui.

18. Robinson

Tengok trailer nih beberapa saat, kitorang ingatkan DLC baru Destiny yang akan ada Dinosaurs! Survival gameplay? Exploration? Tak banyak maklumat dapat kitorang korek setakat ini.

19. Battlezone

Korang tahu dunia game Tron? Battlezone is the video game yang dimainkan penghuni dunia Tron! Berpinar mata kitorang tengok trailer nih in the dark tadi! Stylised version bagi World of Tanks – mungkin menarik, mungkin tidak. Tunggu je lah!

20. GT Sport

Social manager kitorang terus  terjaga bila tengok emblem Polyphony – terliur sekejap kerana ingatkan Gran Turismo 7 akan diannounce. Almost – Gran Turismo Sport pulak yang diumumkan. Kalau dah namanya GT tuh, porn kereta lah yan diorang tunjuk in slo-mo!

21. Wild

Kusangkakan Far Cry Primal, rupanya satu lagi game set di dalam dunia primitif. Cumanya kali ni korang memainkan watak seorang tok bomoh VIP shaman yang boleh merasuk/menguasai haiwan liar dalam menjalankan mission korang!

22. Detroit

Perkara pertama yang melintas di kepala kitorang – ini adalah sambungan kepada filem Ex Machina tapi dalam versi video game yang ditempatkan dalam universe Deus Ex! Expect multiple endings dan pilihan in-game yang perlu korang buat. Tak mengejutkan kerana Detrot dibangunkan oleh makers of Heavy Rain!

+++

So, macamana? Mana satu yang korang suka? Or, ada ke yang korang tak suka? Apa-apa hal pon, kita tunggu dan lihat ajelah ye geng.

Comments

comments