We have failed you

Epic Games dalam satu kenyataan baru di laman web rasminya telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup Paragon pada 26 April ini.

Segala matchmaking akan ditutup secara perlahan-lahan sehingga tarikh tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Epic telah mengucapkan terima kasih kepada pemain yang menyokong game ini selama ini, serta meluahkan rasa kecewa mereka kerana terpaksa melakukan keputusan sedemikian. “Kami telah gagal, walaupun pasukan kami telah berusaha dengan keras dan kami mohon maaf,” kata Epic.

Mereka turut mendedahkan yang segala pack yang telah para pemain beli boleh dipulangkan semula wangnya dengan pergi ke laman ini.

Bagi korang yang tidak tahu, Paragon merupakan game free-to-play bergenre MOBA dengan pandangan third-person. Pemain diberikan plihan untuk membeli beberapa pack yang memberikan kandungan dalam game.

Dalam kenyataan kali ini, mereka tidak menyatakan sebarang sebab mengapa mereka menutup Paragon, namun sebelum ini, Epic sendiri telah mengaku bahawa mereka tidak mempunyai pasukan yang cukup untuk menyokong Paragon disebabkan kejayaan yang kini dikecapi Fortnite.

Semestinya, pengumuman ini telah menaikkan kemarahan para pemain setia Paragon. Di bawah adalah beberapa luahan kekecewaan mereka:

https://twitter.com/TheTruffStuff/status/956983158335066112

Apa komen korang tentang penutupan Paragon oleh Epic ini? Adakah korang salah seorang pemain yang cukup meminati Paragon?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.