Grand Finals yang menemukan pasukan-pasukan dari Asia Tenggara.

Sumber: Megat Danish Izmeer (pengurus pasukan RamPaGe Gaming)

Pada 22 Januari lalu, Call of Duty: Infinite Warfare Asia Championship telah berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Ia merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh ESL dengan kerjasama PlayStation.

Berikut adalah 6 pasukan yang telah berentap di kejohanan ini, di mana ia datang dari beberapa negara Asia:

-Fury-
lIMlII (Taiwan)
jacky555375 (Taiwan)
sorakenyo (Taiwan)
zelda3232001 (Taiwan)

iNNoVatioN
Cypher (Singapura)
ArtShot (Korea Selatan)
towoo (Korea Selatan)
Turbo (Korea Selatan)

NGK eSports
AnKrazyRavers (Singapura)
Seth (Singapura)
KumbhaKarna (Singapura)
WillyNibblerr (Singapura)

Rvo3
wenwen (Hong Kong)
Macming (Hong Kong)
VeryNiceGuy (Hong Kong)
HokuTaku (Hong Kong)

RamPaGe Gaming
RanGer (Malaysia)
Greys (Malaysia)
Bloo (Singapura)
Skywhite (Singapura)

UnVeiL NoVa
Syns (Singapura)
Xenon (Singapura)
Mysticreal (Singapura)
SolidRain (Singapura)

Selepas melalui peringkat kumpulan, RamPaGe Gaming dan UnVeiL NoVa telah berjaya menduduki tempat teratas, seterusnya melayakkan pasukan mereka untuk menempah slot ke Grand Finals.

Grand Finals telah menemukan dua pasukan yang dibarisi oleh dua negara berjiran ini, iaitu para pemain dari Singapura dan Malaysia. Akhirnya, UnVeiL NoVa telah dinobatkan sebagai juara bagi Call of Duty: Infinite Warfare Asia Championship selepas menewaskan RamPaGe Gaming 3-0 di Grand Finals.

Berikut adalah hadiah kemenangan yang dibawa pulang oleh pasukan-pasukan ini:

  • Juara: UnVeiL NoVa – USD12,000
  • Naib Juara: RamPaGe Gaming – USD6,000
  • Tempat Ketiga: NGK eSports – USD2,000

Sumber: GameAxis
Sumber: Megat Danish Izmeer (pengurus pasukan RamPaGe Gaming)
Sumber: Megat Danish Izmeer (pengurus pasukan RamPaGe Gaming)

Kami di JomGaming mengucapkan tahniah kepada para pemenang, lebih-lebih apabila anda telah membawa nama negara ke persada Asia!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.