Paladins, sebuah game shooter percuma yang sebelum ini dibandingkan dengan Overwatch, kini melancarkan mode seperti game PUBG yang dipanggil sebagai “Battlegrounds” yang akan hadir pada tahun ini.

Battlegrounds boleh meletakkan 100 pemain dalam satu “peta yang besar”. Pembangun Paladins, Hi-Rez berkata saiz petanya 300 kali ganda dari peta Paladins yang biasa. Kejayaan dalam Battlegrounds akan melibatkan eksplorasi kawasan dan mencari kelengkapan di pos tertentu. Pemain yang berada dalam satu pasukan perlu bekerjasama untuk menjadi pasukan terakhir yang bertahan.

Paladins bukanlah game pertama yang menambah mode battle royale. Warface juga mempunyai mode yang sama pada bulan November tahun lepas, begitu juga dengan Fortnite pada bulan September.

Hi-Rez merancang untuk membawakan mode ini pada tahun ini, dan sekiranya tiada game lain yang membawakan battle royale ke PS4 sebelum Paladnins, ia menjadikan Paladins game kedua yang membawakan mode ini ke PS4 selepas Fortnite. Pastinya ia sesuatu yang baik untuk memberi tekanan kepada pembangun PUBG mempercepatkan pelancaran game mereka ke konsol yang paling ramai pengguna sekarang, iaitu PS4.

Pengumuman Battlegrounds dalam Paladins ini semestinya suatu yang sangat menarik – yang mana ia seolah-olah bakal menggabungkan gameplay Overwatch dan PUBG.

Ia bukanlah satu kejutan untuk pembangun lain cuba meniru formula PUBG. Game itu sangat berjaya dan telah melepasi 3 juta bilangan pemain online yang serentak di Steam. Batu loncatannya tiba apabila mencapai keluaran penuhnya dengan versi 1.0 di PC.

Dilancarkan juga untuk Xbox One pada bulan Disember, walaupun masih berada di tahap program Game Preview. Walaupun terdapat beberapa masalah pada versi konsol, namun ia mampu mencapai jualan sebanyak 1 juta salinan dalam masa 48 jam. Secara keseluruhannya, game itu telah dijual sebanyak lebih dari 30 juta salinan untuk versi PC dan konsol.

Pembangun  PUBG juga baru-baru ini berkata mahu membawakan game mereka ke “setiap platform”. Mereka juga telah bercakap dengan pihak Netflix dan pihak Hollywood untuk melebarkan game mereka kepada medium lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.