Game keluaran Hi-Rez ini telah mencecah 4 juta pemain di seluruh dunia.

paladins

Game free-to-play yang dikatakan sungguh mirip dengan Overwatch, Paladins kini telah menerima 4 juta pemain di seluruh dunia, seperti yang didedahkan Hi-Rez dalam satu post di Steam.

Hi-Rez turut menyatakan bahawa Paladins merupakan antara game paling popular di Steam. Semasa artikel ini ditulis, Paladins sedang menduduki tangga ke-15 dalam senarai game paling ramai pemain. Ia mengumpulkan 39,823 pemain pada waktu puncak.

COO Hi-Rez, Todd Harris berkata, “respon yang diterima Paladins seluruh dunia adalah mengagumkan. Ia sangat mengujakan apabila melihat game ini berkembang dari minggu ke minggu sejak open beta bermula di Steam pada pertengahan September lalu, serta mendengar semua maklumbalas pemain, di mana kami gunakannya untuk menambahbaik game ini.”

Paladins kini berada dalam fasa open beta di Steam. Anda boleh dapatkan Early Acces di Steam bagi mencuba game ini di sini. Game ini juga akan menemui para peminat di PS4 dan Xbox One pada suatu tarikh yang belum diumumkan.

Anda boleh mendaftar untuk memainkan beta di PS4 di sini, dan beta di Xbox One di sini, yang mana tarikh untuk beta di konsol juga belum diumumkan.

Comments

comments