Satu lagi game percuma akan keluar dari versi beta!

Hi-Rez Studios telah mengumumkan bahawa game percuma mereka, Paladins akan keluar dari versi beta dan dilancarkan sepenuhnya pada 8 Mei ini. Setelah menemui peminat dalam versi beta sejak September 2016, game ini akhirnya akan dilancarkan sepenuhnya di PC, PS4 dan Xbox One.

Dalam video trailer pelancaran yang korang boleh tonton di bawah, Hi-Rez mendedahkan yang Paladins telah menarik 25 juta pemain dalam versi beta.

Bagi meraikan pelancaran ini, Hi-Rez akan memberikan 200 Crystals percuma dan Beta Avatar istimewa kepada para pemain yang telah bermain versi beta. Apa yang korang perlu buat untuk menuntut hadiah ini adalah dengan log masuk ke game ini antara 8 Mei hingga 31 Mei.

Untuk rancangan masa hadapan, Hi-Rez berkata, “walaupun Paladins kini sejuta kali lebih digilap berbanding semasa ia pertama kali masuk Early Access, kami tidak menganggap ia satu produk yang telah siap. Kami tahu ada kerja yang masih perlu dilengkapkan. Kami akan terus menggilap, menambahbaik, terus memperbaiki bugs dan membawakan kandungan menarik dalam kitaran yang kerap.”

Kalau korang terlepas, Hi-Rez sebelum ini telah mengumumkan mode battle royale untuk Paladins, yang mana kini ia berada dalam versi alpha.

Comments

comments