Nampaknya Samsung pula ingin mencuba nasib di dalam arena competitive gaming Malaysia dengan pelancaran Curved Gaming Monitor CFG70 ini!

“PindaPanda” Rika Dorji berposing bersama Curved Gaming Monitor CFG70 daripada Samsung!

Didatangkan dalam dua saiz (24/27 inci), gaming monitor melengkung pada 1800R ini menjanjikan moving picture response time (MPRT) pada 1ms! Sesuai bagi gamers yang bencikan display lag!

Dari kiri: “PindaPanda” Rika Dorji, Hui Whye Leong, Director of Enterprise Business, CE Division; Wong Man Ngee, Director of Enterprise Business, IT Division; Lee Sang Hoon, President; Elaine Soh, Chief Marketing Officer; Austin Park, Business Manager of Enterprise Business; dan “Jinnyboy” Jin Lim.

Teknologi Quantum Dot Samsung pula, menjanjikan persembahan warna yang meriah dan tepat merentasi 125% daripada spektrum sRGB dengan contrast ratio pada 3,000:1 bagi paparan yang sentiasa jelas samada di dalam ruang cerah mahupun gelap!

“Gaming Monitor dengan teknologi Quantum Dot Samsung memberikan pengalaman visual yang belum pernah dilihat mana-mana gamer! Dengan kualiti gambar seakan hidup, ianya pasti menjadi kelebihan kepada gamer apabila bersaing di dalam arena eSports,” kata Lee Sang Hoon, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Adakah janji-janji tersebut mampu dikotakan oleh Curved Gaming Monitor CFG70 ini? Samsung Malaysia, mari bagi kitorang test-drive dan review unit ni dulu. Baru boleh sembang, ye tak?

Pre-Order Monitor, Dapat Hadiah!

Paling menarik, ada tawaran hadiah percuma bernilai sehingga RM264 bila korang beli CFG70 ni nanti! 100 pelanggan bertuah yang pre-order Curved Gaming Monitor CFG70 dari Lazada antara 19 hingga 26 Januari akan mendapat hadiah tersebut.

Curved Gaming Monitor CFG70 ini nanti akan berharga RM1,699 (24inci) dan RM2,099 (27inci), dan akan mula dijual di kedai-kedai terpilih bermula 27 Januari nanti!

Comments

comments