Blizzard tidak akan melancarkan webcomic mereka ini di negara itu.

Bersempena dengan cuti hujung tahun, Blizzard telah melancarkan sebuah webcomic untuk Overwatch, yang diberi nama “Reflections”. Apa yang mengejutkan ramai adalah apabila ia mendedahkan bahawa Tracer merupakan seorang yang mengamalkan hubungan sejenis (lesbian).

Anda boleh lihat dan baca webcomic ini di sini.

Bercakap kepada Eurogamer, Blizzard telah mengesahkan bahawa webcomic ini tidak akan dilancarkan di negara Rusia. Ia adalah keputusan yang dibuat oleh syarikat mereka, bukan disekat oleh kerajaan Rusia seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Blizzard memutuskan untuk tidak menerbitkan ia di Rusia untuk mematuhi undang-undang Rusia,” kata seorang wakil Blizzard.

Apabila ditanya mengapakah Blizzard tidak sekurang-kurangnya cuba untuk menerbitkannya di Rusia, mereka menjawab, “kami dari awal tidak mahu menerbitkannya memandangkan situasi di Rusia dan maklumabalas undang-undang.”

Seperti yang kita tahu, kerajaan Rusia cukup menentang apa-apa perkara yang berkait dengan LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender). Baru-baru ini, seorang Ahli Parlimen Rusia telah mendesak untuk mengharamkan FIFA 17 di negara itu selepas EA Sports mempromosikan sebuah kempen LGBT.

Comments

comments