Overwatch: Pengumuman Edisi Console Dijangka Di BlizzCon 2015!

BlizzCon 2015 akan bermula tidak lama lagi dan game FPS multiplayer Overwatch dari Blizzard Entertainment dijangka akan diumumkan bagi platform console PS4 dan Xbox One.

overwatch-tracer-gameplay

Overwatch telah diumumkan sejak 7 November 2014 di BlizzCon hanya untuk PC dan tidak bagi platform gaming yang lain. Tetapi hasil penemuan beberapa info membuatkan ramai tertanya adakah game ini juga bakal menjejakkan kaki ke dunia console seperti PS4 dan Xbox One?

Blizzard sendiri masih lagi tidak memberi sebarang respon jika Overwatch bakal ke console. Tapi, berikut adalah senarai penemuan yang mengukuhkan teori ini:

  • Coding dari game source code.
    (INITIAL_PSN_OR_XBL_AUTH; WAITING_FOR_PSN_OR_XBL_AUTH)
  • Website Overwatch untuk Eropah mengatakan game ini adalah untuk console.
    overwatch-consoles-coding
  • User interface yang sangat ringkas – sesuai untuk console.
    overwatch-reinhardt
  • Versi PC Overwatch yang support penggunaan gamepad.

Overwatch akan menampilkan gameplay co-op dimana player harus memilih “Hero” yang mempunyai kebolehan dan skill yang tersendiri. Overwatch boleh dikatakan umpama DotA versi FPS. Game ini telah sedang dalam proses beta-testing sejak 27 October lepas.

Berikut adalah senarai character yang ada didalam Overwatch.

overwatch-classes

Comments

comments