Santa Claus ada bagi hadiah dalam Overwatch!

Blizzard telah menghadiahkan kepada semua pemain Overwatch dengan lima loot box. Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan hadiah bersempena perayaan Krismas ini adalah dengan hanya masuk ke dalam game dan korang akan mendapat ucapan selamat bercuti, berterima kasih kepada semua untuk “sokongan yang padu, passion dan semangat” terhadap Overwatch.

Tapi, korang kena cepat kerana pemberian lima loot box ini hanya berlangsung sehingga 1 Januari 2018 sahaja, jadi jangan lambat-lambat!

Di bawah ini adalah salah satu hadiah Krismas yang kitorang dapat daripada lima loot box yang kami sudah buka. Comel tak emote Orisa ni?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.