Nampaknya jangkaan Overwatch bakal hadir ke console adalah benar. Game ini adalah bukan free-to-play dan bakal mengetengahkan 21 hero apabila dipasarkan.

overwatch-origin-edition

Blizzard tidak lagi menetapkan kata putus tarikh Overwatch dipasarkan tetapi menurut mereka ia tidak lewat dari 21 Jun 2016.

Overwatch: Origins Edition

Bagi mereka yang pre-order mulai sekarang akan menerima salinan game yang diberi nama Overwatch: Origins Edition. Origins Edition ini akan menerima pelbagai bonus seperti:

  • Noire Skin untuk hero Widowmaker.
  • Origins skin untuk 5 hero iaitu Overgrown Bastion, Security Chief Pharah, Strike-Commander Morrison, Blackwatch Reyes, dan Slipstream Tracer.
  • Baby Winston pet untuk game World of Warcraft.
  • Tracer hero untuk game Heroes of the Storm.
  • Skin kad Overwatch untuk game Hearthstone.
  • Mercy’s Wings untuk Diablo 3.
  • 6 in-game potret untuk StarCraft 2.

1 peta dan 3 character baru telah diperkenalkan!

overwatch-new-char

Satu map yang berlatarbelakangkan Hollywood telah diperkenalkan di BlizzCon 2016. Ia bertempat didalam sebuah studio rakaman filem.

Disamping peta, terdapat 3 character baru juga diperkenalkan iaitu:

  • D.Va (tank) – Seorang bekas pro-gamer dari Korea yang ditugaskan untuk memandu robot mech ketenteraan.
  • Genji (offensive) – Cybernetic ninja yang boleh menepis tembakan pihak lawan menggunakan pedang!
  • Mei (defense) – Seorang saintis yang mampu menggunakan sains untuk mengawal iklim dan menggunakan ia dalam pertarungan.

Bagi yang berminat boleh cuba daftar untuk beta Overwatch.

Jom Baca: Overwatch: Gameplay Trailer!

oveerwatch-me-zarya-hanzo

Comments

comments