Hero, map, game mode, dan custom game server browser – semuanya dalam perancangan tahun 2017 untuk Overwatch.

Sejak Overwatch dilancarkan sepenuhnya pada bulan Mei 2016, Blizzard telah menambahkan 2 Hero baru, satu map baru, dan pelbagai game mode. Dan nampaknya, untuk tahun 2017, Blizzard akan turut sibuk dalam membawakan pelbagai pembaharuan kepada game shooter ini.

Terbaru, dalam sebuah video developer update yang dikeluarkan, pengarah game, Jeff Kaplan telah mendedahkan beberapa perancangan mereka untuk tahun hadapan.

Mengulas mengenai Hero terbaru akan datang, Kaplan berkata, “kami cenderung untuk mengusahakan lebih banyak content daripada apa yang kami lancarkan kerana kami melakukan prototaip dan kadang-kala ia gagal, atau kami tidak sukakannya, atau kami kembali ke drawing board.”

Dengan proses yang panjang itu, beliau ada memberikan sedikit gambaran bahawa satu Hero yang beliau rasa “sangat berpotensi”. Walaupun beliau tidak memberitahu siapakah Hero tersebut atau bagaimana gameplay-nya, beliau ada menyatakan bahawa prototaip Hero itu sudah siap dan ia akan memasuki bahagian kesenian – bermakna mereka telah yakin dengan Hero terbaru ini untuk ditampilkan.

Sebelum ini, Blizzard ada mendedahkan bahawa map yang dipanggil Oasis akan dikeluarkan pada awal 2017. Mengulas mengenai perkara ini pula, Kaplan mengatakan bahawa map baru ini masih berada dalam jadual yang ditetapkan. Mengulas lanjut, beliau turut menyebutkan tentang beberapa map, yang sama seperti Hero, berada di pelbagai fasa pembangunan.

Di samping itu, Kaplan turut mendedahkan tentang sebuah server browser khas untuk custom game akan ditampilkan juga pada awal tahun 2017. Fungsi ini akan membenarkan pemain untuk mencipta custom games dan senaraikannya kepada umum supaya sesiapa sahaja boleh menyertainya. “Ia merupakan fungsi yang sangat diminta oleh pemain,” kata Kaplan.

Selain itu, Kaplan turut mengulas tentang custom communication options, penambahbaikan kepada spectator mode, serta perubahan kepada Sombra. Anda boleh tonton video developer update ini di bawah:

Semalam, Blizzard telah melancarkan isu terbaru untuk siri webcomic Overwatch, yang telah mendedahkan seorang watak LGBT, iaitu pasangan kepada Tracer.

Sekiranya anda terlepas, Overwatch telah menerima anugerah Game of The Year di The Game Awards baru-baru ini.

Comments

comments