Overwatch: Apa Akan Datang Dalam Beta 2016?

Sistem terbaru yang telah dipilih untuk beta tahun hadapan dikatakan pilihan yang terbaik selepas melalui sesi alpha dan beta tertutup pada tahun ini.

Overwatch adalah sebuah game yang sedang dibangunkan oleh Blizzard Entertainment yang berunsurkan gabungan FPS dan juga MOBA yang bakal berada di pasaran PC, PS4 dan juga Xbox One.

overwatch-widowmakerDalam video kali ini, Game Director untuk game ini, Jeff Kaplan telah menerangkan secara terperinci mengenai pemilihan sistem yang terbaru dan juga mengenai kegagalan sistem yang mereka pilih sebelum ini. Objektif mereka ialah, pemain diberi ganjaran hanya dengan bermain game tersebut dan tidak terlalu memberi tekanan yang berat untuk pemain mengakses item atau kebolehan watak-watak.

Secara umumnya, respon di dalam komuniti gaming di platform PC adalah positif dari segi gameplay dan terdapat juga komentar negatif terutamanya mengenai rupa watak-watak di dalam game Overwatch yang terlalu komik.

JomBaca: Edisi untuk console diumumkan dan pendaftaran untuk beta dibuka!

overwatch-mercy

Comments

comments