Destiny Year One sudah pun melabuhkan tirainya. Dengan pelancaran The Taken King besok, pastinya banyak kenangan yang hanya Guardians otai saja akan fahami. Jom Penulis bawa korang mengenang kisah di Year One!

1. Loot Cave – Effort Kecik, Profit Besar!

Nak level up and dapatkan loot masa Year One punyalah susah! Sebab tuh bila Guardians jumpa Loot Cave versi 1.0, 2.0, dan 3.0, semua Guardians pakat bentang tikar dan piknik sambil tembak enemies yang respawn keluar dari gua-gua ini. Rinse and repeat sampai dapat engrams yang korang nak! Tak percaya, tengok video Chief Canuck nih!

2. Takyah Grind, Buat Aje Robot!

Sorang player Destiny Xbox naik bosan dengan grinding mechanics Destiny, dia buat Arduino robots untuk grind levelling masa dia tido! OK, nih Penulis pon kagum, Penulis sendiri belom cukup otai nak buat sebegini! LOL

Destiny-Auto-Levelling

3. Gua Beachboy Bro, Gua Layan Surfing

Kadang-kadang, glitch yang paling awesome adalah glitch yang tak effect gameplay dan tak irritate players lain macam glitch Sparrow Surfing nih. Sayangnya, Guardians lain takkan nampak korang Sparrow Surfing, melainkan korang masuk ke area map yang masih sedang loading!

4. Cheese Phogoth – Tembak Tembus Dinding!

By now, semua Guardians mesti dah pernah buat nih? Duduk kat dalam bilik sebelom arena Phogoth dan tembak Phogoth slow-slow? Korang tau tak, dulu sebelom Sniper Rifles dengan perk Armor Piercing kene nerf, korang boleh duduk dalam bilik tuh and tembak dinding all day, asalkan korang tembak in general direction of Phogoth!? Asalkan fireteam korang tak buat Leeeeeeeroy Jenkins, you guys should be OK!

phogoth cheese

5. Cheese Nexus Strike – Tembak Dari Atas!

Kalau korang ingat cheese spot ni kat laluan masuk ke arena Sekrion, korang silap! Sebab cheese spot nih adalah di lampu di atas Sekrion itu sendiri! Kerja korang jadi lagi senang kalau korang ada Sniper Rifle dengan perk Armor Piercing sebab Sekrion tak boleh dongak ke atas! LOLOL!

6. Cryptarch si Raja Troll Mintak Penerajang!

Suatu masa dahulu, Penulis rasa ramai yang nak bom Bungie sebabkan perangai Rahool si Cryptarch nih. Bayangkan engram Legendary (Ungu) yang susah payah korang dapatkan, boleh dia tukar jadi barangan Rare (Biru) je??? Video Devil Sina nih sejibik yang jadik banyak kali kat Penulis!

7. Kena Farm Upgrade Materials! Kedai Tak Jual, Dik!

Oh boy, dulu manade vendors Vanguars/Crucible jual upgrade materials. Lu kena pergi farming sendiri la bro. Nak upgrade satu weapon Exotic? Good luck camping and farming kat planet-planet berkenaan selama beberapa hari! In fact, masa tuh, semua channel Youtube macam JFM FTW nih, sembang pasal farming methods!

8. Xur Jual Gjallarhorn Pada Week-2, Otai Semua Jual Mahal!

Yup, pada minggu kedua Destiny, Xur datang bawak Gjallarhorn dan ramai Guardians otai buat dekk je. Jimat Strange Coins katanye. Dah tuh menyesal tak sudah! Harituh Xur jual Gjallarhon sekali lagi, kalau ada yang tak beli jugak, plis baring bawah tapak kaki Phogoth!

destinyxur2

9. Sape Ada Suros Regime, Dialah Raja Crucible!

Satu masa dulu, weapon archetype auto rifle sangatlah OP! Bila ada Exotic Suros Regime nih, lagi la jahat kerana perk Focus Fire untuk damage lagi tinggi dan chance untuk heal bila berjaya kill enemy! Memang masa tuh, macam semua orang pakai weapon nih! Menyampah! Dengan weapon balancing TTK baru nih, mungkinkah Suros Regime akan membuat comeback?

10. Tolak Templar Jatuh Gaung Dalam VoG!

Bosan dengan Templar si bullet-sponge dalam Vault of Glass nih telah buat Guardians jadi sedikit kreatif! Dengan menggunakan bom dan Rocket Launchers, korang boleh tolak Templar ni sikit demi sedikit sampai dia jatuh macam video Gabroo Games ini! Malangnya, Bungie dah patch exploit nih!

11. Sampai Atheon Pon Kitorang Tolak Jatuh Gaung!

Tak cukup dengan Templar, Atheon pon kene tolak sampai jatuh gaung! LOL. Dengan menggunakan method yang ditunjukkan GF Laser Bolt ini, sangatlah senang nak dapatkan loot dalam Vault of Glass Hard Mode – especially Vex Mythoclast idaman ramai!

12. Semua Orang Mencarik Weapon Laser Api OP – Vex Mythoclast

Masa zaman kegemilangan Vex Mythoclast ni, sangatlah senang nak buat orang ragequit dan menyumpahseranah! LOL! Weapon hybrid fusion rifle + auto rifle sebegini sememangnya mimpi ngeri Bungie untuk weapon balancing. Sampaikan ianya teruk kene nerf dan menjadi kenangan terindah segelintir Guardians otai seperti Kirby Tvv ini!

13. Dapatkan Exotics di Loot Chest Pertama Crota’s End

Sape yang bernasib baik, berpeluang untuk dapat Exotics dari loot chest yang selalunya ada Radiant / Ascendat Shards ini. Even kawan Penulis sendiri pernah dapat 3 Exotics dengan 3 character berbeza depa mata penulis! Nak salahkan RNG, Bungie dah patch benda nih, membuktikan ianya salah Bunge yang tak QC kerja diorang!

14. Guardians Boleh Terbang di Lampu Crota!

Yep, satu masa dulu, Guardians boleh skip most of the lampu, Thralls dan Cursed Thralls di dalam Abyss Crota’s End! Macamana? Terbang aje! LOL! Gunakan letupan lampu tuh untuk launch korang ke udara dan skip makhluk-makhluk durjana tuh semua macam yang dibuat oleh WeepingHoney ni!

15. Sit Crota, Sit! Good Boy!

Penulis sendiri tak tahu sape yang jumpa method nih, tapi ianya sememangnya method yang paling ohsem pernah Penulis buat! Korang tahu tak dulu, lepas korang destroy shield Crota dan buatkan dia terduduk, korang boleh biar dia terduduk sampai mati kene tetak? Just suruh fireteam leader cabut kabel Ethernet or just tutup Internet kat console, and korang tetaklah Crota semahunya, macam dalam video Oophilly215oO nih!

16. Tak Cukup Satu Pedang, Kitorang Curik 2 Pedang Crota!

Dulu Crota rajin hire Swordbearer bebanyak! Lepas bunuh Swordbearer 1st selaju mungkin, Swordbearer kedua pulak yang akan keluar! Dah bunuh Swordbearer 2nd and dapatkan pedang kedua, semua tala Gjallarhorn memasing kat Crota and gangbang pedang pulak sama dia maca WiLLisGaming buat nih!

17. Heavy Ammo Dari Langit!

Untuk melakukan Heavy Ammo glitch ni, korang perlukan Icebreaker! Habiskan peluru Primary dan Heavy Weapon korang dan bunuh enemies =  Heavy Ammo jatuh laksana hujan! LOL! Sayangnya Bungie dah patch Heavy Ammo glitch nih bebaru ni! So takde dah buang masa tunggu fireteam member korang buat glitch nih berjam-jam lamanya!

18. Need For Speed: Cosmo Drift!

Pada expansion pack House of Wolves, Bungie memperkenalkan public event yang mana rewardnya adalah Treasure Key yang boleh digunakan di dalam Prison of Elders! Setiap kali lepas settle waves of Fallen Wolves, semua Guardians lintang-pukang mencarik Treasure Chest, dan exploit glitch naik sparrow, keluar dari area tersebut, dan kembali ke chest, untuk bukak chest sekali lagi! Memang kelaka tengok memasing puyuh bawak sparrow macam orang gila!

19.  Senangnya PoE Skolas Dengan Elemental Burn!

Betapa senangnya endgame content HoW nih, sampaikan Bungie terpaksa patch cepat-cepat! LOL. Pada awal DLC House of Wolves, ramai orang setelkan pakcik Skolas nih dengan mengambil kesempatan menggunakan elemental burn damage bagi minggu tersebut! Serius senang!

20. Final Round Sniper Rifles

Disebabkan perk inilah ramai Guardians feeling diorang terer snipe macam kjhovey! Plis lah! Bungie dah nerf perk final round nih yang boleh buat peluru terakhir korang dinaikkan damage nye sehingga 33%. Tembak tumit pon boleh mati kalau gitu!

So Guardians itulah barisan exploit, cheese, glitch, bug dan kenangan bagi Guardians Betatester Otai di dalam Destiny Year 1! Pastinya Year 2 akan membawa macam-macam lagi kesengalan – kita cuma kena tunggu dan lihat! Ada yang Penulis terlepas pandang? Jangan segan silu komen di bawah nih ye!

Comments

comments