1piece_08

Hola!! Gamers, apajadi  bila korang amik One Piece blendkan bersama Dynasty Warrior dan upgradekan grafik, BOOM!! Tudia korang akan dapat One Piece: Pirate Warriors 3!

Jom ikuti penulis menyelami dunia One Piece ini, adakah berbaloi untuk korang beli? So teruskan bersama kami dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah ini.

STORY DIA BEST KE??

Omega Force developer game ini pandai mengambil hati peminat kipas susah mati One Piece apabila mengikuti perkembangan anime/manga ini. Game ini masih mengekalkan storyline dari siri-siri yang sebelumnya, korang akan mengembara dan mengikuti kisah bagaimana Luffy mengumpul kan crew-crew nye. Dan story ini di lanjutkan sehingga siri anime/manga terkini iaitu Dressrosa.

1piece_04

Selain main story, korang bole main Free Play Mode dimana korang boleh ulang semula quest-quest yang korang dah settle dengan menggunakan watak-watak lain yang sudah di unlock. Ataupun korang bole cuba Dream Log mode di mana quest yang diberikan adalah random.

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI 

Seperti game-game lain yang mengikuti formula Dynasty Warrior, korang akan menghadapi ratusan musuh-musuh yang akan menyerbu korang secara semberono. Tapi tentu korang teruja bila korang belasah musuh-musuh ni tanpa belas kasihan menggunakan kombo-kombo yang ohsem.

1piece_06

Melihat musuh-musuh berterbangan, bersepah-sepah dek di terajang kaki Luffy yang panjang sambil melihat jumlah kombo-kombo yang korang hasilkan pastinya memuaskan hati korang.

1piece_07

Walaupun misi korang ialah membunuh ketua sesebuah kawasan, tapi korang perlu sedar bukan itu sahaja yang korang perlu buat kerana korang juga perlu mengambil berat tentang side quest yang turut ada semasa korang lalui main story seperti mempertahankan sesebuah kubu, melepasi amaun kombo yang diminta ataupun menjaga rakan-rakan korang daripada dibunuh.

1piece_03

APA YANG OHSEM!!

Kepada mereka yang sudah biasa dengan series Pirate Warriors ini, apa yang lagi menarik dan mengujakan ialah, Bandai Namco telah memperkenalkan sistem move yang baru iaitu Kizuna Rush. Para pemain akan mengumpul Kizuna Gauge, dengan membantai dan membunuh musuh-musuh dan apabila meter sudah penuh dan Kizuna Rush diaktifkan korang akan dapat memanggil support character yang dipilih untuk membantu korang dan membuat kombo-kombo yang super duper awesome!!!

1piece_01
Kizuna Rush sedang di aktifkan!!!

Nak lagi ohsem!! Dalam series ini juga telah memperkenalkan banyak charactar baru yang korang boleh ‘unlock’ dengan cara menyelesaikan certain-certain mission (kebanyakkannya story mission). Dan yang lebih menarik lagi, character-character ini boleh di upgrade dan di level up kan.

1piece_05
Red Shank …. 1 daripada 4 Yonkuo!!!

Bayangkan korang bermain sebagai Red Shank, salah sorang dari 4 Yonkuo ataupun 4 Big Emperor, sudah tentu menjadi idaman setiap orang.

YANG TAK BERAPA MENARIK

Bagi penulis walaupun game One Piece: Pirate Warriors 3 menyediakan berbagai jenis mode, tetapi penulis tetap merasakan game ini sedikit repetitive. Ini mungkin sedikit sebanyak akan menyebabkan korang berasa cepat bosan sebelum sempat korang menyelesaikan game ini.

SO, BOLEH BELI OR BOLEH BLAH??

+ Kombo-kombo baru yang ohsem membuatkan korang ingin terus bermain.

+ Penambahan character baru yang banyak.

– Gameplay yang agak repetitive akan menyebabkan cepat bosan

KEPUTUSAN: BOLEH BELI!!

ADIOS!!

 

 

Comments

comments