1piece_01Holaa!! Gamers, seperti yang korang sedia maklum, game One Piece: Pirate Warriors 3 akan release pada 28 Ogos 2015 ini.

So di JomGaming.my kami ingin kongsikan beberapa berita yang akan membuatkan korang menjerit ‘Wow’. Jadi terus stay bersama kami.

Bandai Namco telah menambah banyak benda yang menarik dalam siri kali ini, antaranya mengekalkan watak-watak di dalam siri One Piece sebelum ini. Masih mengekal permulaan story yang lama iaitu di Fushia Village dan melanjutkannya sehingga ke story yang terkini iaitu  Dressrosa.

1piece_03

Apa yang lagi menarik dan mengujakan ialah, Bandai Namco telah memperkenalkan sistem move yang baru iaitu Kizuna Rush. Para pemain akan mengumpul Kizuna Gauge, dan apabila meter sudah penuh dan Kizuna Rush diaktifkan korang akan dapat memanggil support character yang dipilih untuk membantu korang dan membuat kombo-kombo yang super duper awesome!!! Amacam?? Ohsemkan.

1piece_04
Sistem Kizuna Rush Yang Baru!!!!!

Selain itu, terdapat penambahan sehingga 37 character baru yang boleh dimainkan untuk menempuh misi ke Grand Line.

Bagi pemegang Season Pass, korang akan mendapat 2 DLC pek 1 dan pek 2 yang mengandungi 8 iconic quest dan juga 30 jenis costume untuk dipakaikan pada watak-watak kesayangan korang. Kedua-dua DLC ini berharga around RM50. Korang juga mendapatkan DLC ini secara berasingan dengan harga around RM33 bagi setiap DLC.

So macam mana?? Teruja?? Penulis sendiri teruja dan berharap game ini akan memberi kepuasan terutamanya kepada peminat-peminat kipas susah mati One Piece.

ADIOSS!!!

 

Comments

comments