Berjaga-jaga, teknik penipuan ini sedang menular di Overwatch versi PC. Tiada perkhabaran mengenai versi konsol lagi.

Overwatch adalah sebuah game yang memerlukan kemahiran, perancangan dan kerjasama sesama ahli kumpulan. Bagi kebanyakan gamers, ini bukanlah masalah. Tetapi bagi gamers yang n00b ataupun malas, mereka akan memilih untuk bermain menggunakan cheats dan hacks.

Selama ini Blizzard menangani isu cheating dan hacking dengan banhammer yang cukup padu, tetapi nampaknya ada teknik penipuan terbaru – ‘nuking’. Terkenal di server Overwatch Korea, teknik ini menjadikan mangsa tidak dapat bermain langsung!

‘Nuking’ dilancarkan dengan menghantar bilangan packet yang BANYAK kepada IP address pihak lawan, memaksa game mereka lag, menendang player daripada map ataupun daripada game terus, malahan membuat aiming sukar dan mengecewakan! Ianya sepert sebuah serangan DDoS (Distributed Denial of Service) yang tidak dapat dikesan!

Video di bawah mengumpulkan contoh-contoh nuking, dan ianya di dalam bahasa Korea.

Jadi, apa jalan penyelesaian? Setakat ini tiada lagi kerana Blizzard masih belum mengesan penipuan ini. Sekiranya korang menjadi mangsa nuking, laporkan nama gamer tersebut secepat mungkin sebelum korang dikeluarkan daripada game. Jika tidak, catatkan nama mereka dan bukalah tiket laporan di Blizzard.

Comments

comments