Harini JomGaming nak memperkenalkan writer-jemputan terbaru kitorang, Intan Megikari yang akan membuat liputan gameplay dan review bagi game-game bergenre JRPG! Ini adalah artikel review pertama dari beliau! Jom layan!

norn9

Norn9 : VAR Commons (Norn9) adalah sebuah game bergenrekan Visual Novel atau Otome games yang bukanlah suatu genre yang popular di kalangan gamer luar daripada Jepun. Namun berkat kesungguhan beberapa syarikat seperti Aksys Games & JAST USA untuk membawa versi bahasa Inggeris games dari genre ini, ianya mula mendapat lebih banyak perhatian & tempat di hati gamers. Wow wee!

So Ini Adalah Visual Novel. Ceritanya Bagaimana?

Permulaan cerita Norn9 adalah daripada sudut pandangan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun, Sorata Suzuhara. Sorata merupakan seorang kanak-kanak yang genius. Sedang mengikuti lawatan sambil belajar sekolahnya, dia terdengar sebuah lagu yang sangat merdu dan tanpa semena-mena, dia perasan dia telah kembali ke zaman lampau!

Sedang keliru dengan keadaannya, dia terjumpa seorang gadis berambut merah jambu yang semacam pelik (nak salam dengan orang pun rujuk buku) dan kemudian Sorata membuat keputusan mengikuti gadis pelik itu menaiki sebuah kapal yang berbentuk seperti Death Star.
norn

Setibanya di atas kapal pelik tersebut, Sorata mendapati ada 2 lagi gadis dan 9 jejaka kacak yang mempunyai kuasa masing-masing dan mereka sedang dalam perjalanan ke suatu tempat misteri. Ke manakah mereka pergi? Bagaimana mereka mempunyai kuasa? Bagaimanakah Sorata boleh kembali ke zaman silam? Adakah kapal ini betul-betul Death Star? Wow banyak nya persoalan.

2015-11-04-130326

Sudut pandangan Sorata hanya setakat ini sahaja. Seterusnya, sudut pandangan cerita Norn9 adalah daripada 3 gadis manis di atas kapal pelik ini.

girls1

Anda boleh memilih untuk meneruskan permainan daripada 3 gadis manis ini. Daripada 3 gadis manis ini, anda boleh memilih untuk date… maksud saya…. meneruskan permainan dengan 3 jejaka kacak yang berasingan. Bermaksud, anda boleh dating dengan 9 jejaka kacak yang berlainan. Ini adalah idaman saya menjadi kenyataan, saya hampir menangis kegembiraan.

Kesilapan Terjemahan Dek Kerana Perbezaan Budaya

Walaupun saya berasa sangat gembira pihak Aksys Games membuat keputusan untuk menterjemahkan Norn9, saya agak terkejut sebenarnya dan sedikit kecewa apabila beberapa perkara di dalam Norn9 turut diterjemahkan oleh Aksys Games.

Umum mengetahui budaya Jepun dan budaya rakyat Amerika/Barat sangatlah berbeza. Norn9 adalah sebuah game dari Jepun yang dialih-bahasakan oleh syarikat dari Amerika. Penterjemahan skrip dan dialog di dalam Norn9 adalah sesuatu yang saya tidak mempunyai masalah sangat. Tetapi mengalih sesuatu budaya memerlukan kemahiran yang lebih halus.

Penggunaan -san (yang membawa erti Encik) diterjemahkan menjadi “Mr.” di dalam Norn9 adalah sesuatu yang agak mengecewakan di sini. Di Jepun, penggunaan -san di dalam perbicaraan adalah sesuatu yang normal namun luar dari Jepun, menggantikan -san kepada Mr. adalah sesuatu yang tidak normal, tambahan pula apabila heroine adalah lebih muda daripada hero! Ini sangat berbeza dengan game yang paling banyak budaya Jepunnya, iaitu Persona 4, yang masih mengekalkan penggunaan –san. Jika Persona boleh, mengapa tidak Norn9.

Di Jepun, adalah suatu perkara normal apabila kita memanggil nama belakang seseorang itu, daripada nama pertama mereka. Senri Ichinose akan disebut sebagai Ichinose-san bukannya Mr Senri.

2015-11-07-002835

Seperkara lagi, panggilan nama pertama adalah panggilan yang istimewa kepada orang-orang yang sangat rapat dengan seseorang itu, sehinggakan seseorang perempuan hanya boleh memanggil seseorang lelaki itu dengan panggilan nama pertama jika perempuan itu betul-betul jatuh cinta dengan lelaki itu.

Oleh sebab itu, apabila melihat heroine kita dengan selamba memanggil hero kita dengan panggilan nama pertama, rasa sangat kecewa dan feeling feeling sweet itu berkurangan. Apa yang lebih mengecewakan dan juga sangat kelakar membuatkan saya sangat menyampah (3 perasaan dalam satu masa, wow), saya boleh mendengar heroine kita menyebut Kakeru-san! tetapi diterjemahkan sebagai Yuiga! Spoil mood sangat di sini.

2015-11-06-125754

Sebagai seseorang yang mempunyai noob level dalam bahasa Jepun, saya tidak banyak mempunyai masalah dengan cara Norn9 diterjemahkan. Namun, rakan-rakan saya yang fasih berbahasa Jepun sangat tidak berpuas hati dengan cara beberapa watak Norn9 diterjemahkan (character assassination).

Bunyi Seperti Dalam Kesakitan

Di Jepun, karakter  ん(bunyi : en) digunakan apabila menceritakan babak yang comel ini (kissing scene)Namun apabila diterjemahkan ke English, iainya bertukar menjadi TCH. Bunyinya apabila disebut seperti sedang di dalam kesakitan. Adakah hero-hero kita sedang dalam kesakitan? Sudah tentu tidak! Ini adalah perkara yang paling tidak dapat saya maafkan! Grrrrrrr.

akitotch1

Kesilapan Ejaan

Sebagai sebuah game yang lengkap, agak mengecewakan terdapat beberapa kesalahaan ejaan/tatabahasa di sini. Saya ingat lagi, ketika bermain Sword Art Online, kesalahaan ejaan & tatabahasa yang sangat banyak membuatkan saya terasa seperti hendak baling PS Vita saya keluar bangunan. Memandangkan game ini adalah 100% menggunakan suara Jepun, ejaan & bahasa yang betul adalah penting! Contohnya, penggunaan ELDER yang sepatutnya adalah ESPER di sini adalah satu kesalahan yang boleh mengelirukan jalan cerita.

2015-11-28-225325

Mini Quest Yang Apakah?

Norn9 ada menyediakan mini-quest berbentuk 8-bit. Pada mulanya saya agak teruja dengan kemunculan 8-bit mini-quest ini. Saya ingatkan saya boleh menggunakan watak kegemaran saya, Senri Ichinose, untuk melompat dan berlari seperti Super Mario. Ternyata sangkaan saya meleset apabila mini-quest ini hanya digunakan dengan mengumpul mata untuk membeli belah di dalam in-store game-nya.

Pemain hanya perlu memilih character mana untuk digunakan dan game itu sendiri akan memilih 3 musuh. Seterusnya, beberapa babak 8-bit akan dimainkan secara sendiri, tetapi anda tidak boleh membuat apa-apa kecuali menekan butang Next. Mini-quest ini bergantung 100% pada luck anda.

2015-12-04-125316

Saya tidak mempunyai banyak masalah dengan mini-quest ini kerana dapat melihat pelbagai ragam watak-watak Norn9 yang tidak terdapat di cerita utama. Namun, jika pihak Idea Factory/Otomate dapat menghidupkan sedikit mini-quest ini, alangkah lebih seronoknya.

2015-12-04-125429
Tak Boleh Berhenti Main Kerana Ceritanya Yang Menarik!

Kekuatan Norn9 adalah pada cerita utamanya. Sebagai sebuah game genre Visual Novel, plot cerita adalah sangat penting untuk menarik gamers untuk meneruskan permainan.

2015-11-30-140746

Cerita Norn9 terbahagi kepada 7 babak (tidak termasuk prolog dan epilog). Norn9 melakukan tugas yang awesome dalam memastikan permulaan jalan cerita, memperkenalkan semua watak-watak yang terlibat, klimaks cerita, plot twist, berjalan dengan sangat lancar dan menarik.

2015-11-06-212545

Setiap babak membuatkan anda ingin mengetahui lebih lanjut. Anda mahu tahu apakah yang bakal terjadi kepada watak anda. Anda mahu tahu kenapakah mereka semua berada di atas kapal ini. Anda mahu tahu kesudahan kepada cerita ini. Anda mahu tahu apakah kesudahan kepada pilihan-pilihan yang anda lakukan. Jika ini adalah sebuah buku, saya tidak sabar untuk membeli dan membacanya! (yang pasti, anime Norn9 sedang di dalam pembikinan).

sakuya1

Apa yang menariknya dengan Norn9 adalah walaupun anda memilih untuk mengikuti jalan cerita sesuatu watak tersebut, walaupun kesudahan cerita ada sedikit berbeza kerana anda memilih untuk hidup bersama selama-lamanya dengan watak tersebut, Norn9 masih berupaya untuk mengekalkan beberapa fakta dan jalan cerita yang sama.

akitosenri1

Lagu Tema Utama Adalah Hasil Ciptaan Nobuo Uematsu!

Nobuo Uematsu adalah satu nama yang sangat legend di arena gaming. Ini kerana Nobuo Uematsu adalah composer kepada Final Fantasy series dan Blue Dragon umpamanya. Lagu tema utama Norn9 adalah antara lagu tema yang paling indah pernah saya dengari. Dengan penceritaan yang baik dan lagu yang indah, anda betul-betul menghayati segala aspek di dalam Norn9.

Lagu pembukaan dan ending credits dari Nagi Yanagi juga sangat indah dan melodramatic, sesuai dengan tema Norn9 itu sendiri. Suara Nagi Yanagi yang merdu cukup untuk menghayati perasaan setiap heroine Norn9 dalam mengharungi detik kehidupan yang penuh pancaroba.

9 Watak Lelaki Yang Awesome & 3 Watak Perempuan Yang Hebat! 

9 watak lelaki bermaksud anda boleh memilih untuk meneruskan cerita berdasarkan 9 penceritaan yang berbeza. Setiap watak adalah watak cliche dalam dunia animanga (anime, manga, games) namun Norn9 mempunyai cara tersendiri untuk tidak membiarkan kesemua watak-wataknya jatuh dalam kancah cliche. 

Setiap watak adalah berbeza dari segi personaliti, percakapan dan pembawakan, dan anda pasti akan bertemu dengan watak kesukaan anda.

koharuguys2nanamiguys1

2015-11-01-231612_zps56u8vdzm

Bad Ending & Good Ending

Bergantung kepada pemilihan anda setiap kali anda disuruh membuat pilihan dialog atau perbuatan, ending kepada game ini mungkin berakhir dengan sebuah kisah cinta yang tragis, atau sebuah kisah cinta yang indah dan gembira.

sakuyacard

Kadang-kadang saya rasa berdasarkan pengalaman saya dalam membaca manga dapat membuat pengakhiran cerita yang indah. Malangnya, saya hanya mampu membuatkan heroine dan hero hidup dengan kisah cinta yang tragis.

Saya kemudian mengulang kembali babak-babak tersebut (pentingnya untuk save sentiasa!) untuk memastikan hero dan heroine dapat hidup gembira selama-lamanya. Yang menariknya, game ini akan menandakan jawapan yang telah dibuat oleh saya. Jadi saya tidak perlu menghafal jawapan saya yang sebelum ini dan terus membuat pilihan jawapan lain. Kesudahannya? Hero dan heroine saya akhirnya mendapat good ending!

sakuya2

Ada sesetengah watak mempunyai 3 atau 4 ending yang berbeza. Ada yang kelakar, ada yang tragis. Bagi saya, pihak developer telah melakukan tugas yang sangat menarik untuk memastikan replayability value tinggi di kalangan gamers. Anda mahu bermain sekali lagi untuk memastikan anda mendapat kesemua ending ini!

heishi1

Grafik Yang Hot

Grafik dalam Norn9 bukanlah sehebat The Witcher 3 mahupun Star Wars Battlefront. Grafik Norn9 masih mengekalkan grafik anime/manga nya. Jika dibandingkan dengan grafik otome games yang lain, Norn9 ternyata berada di antara tangga teratas.

2015-11-07-003601

Watak-watak dilukis dengan begitu detail dan cantik dan hero-hero nya nyata sejuk mata memandang. Setiap watak mempunyai ciri-ciri masing-masing yang unik mengenai diri mereka dan developer telah melakukan tugas yang menakjubkan untuk mengetengahkan yang terbaik dari mereka. Anda akan dapati yang anda akan mula mempunyai kesukaan masing-masing disebabkan perincian ini. Kepada Otomate, thumbs up kepada pihak anda!

heishi5

guys1

Pelakon Suara Latar Yang Superb!

Satu perkara lagi yang paling penting dalam visual novel/otome games adalah pelakon suara latar. Norn9 membariskan pelakon suara latar yang sangat popular dan hebat di Jepun, seperti Yuki Kaji (Eren Jaeger (Attack of Titan); Hope Estheim (Final Fantasy XIII)), dan Daisuke Ono (Erwin Smith (Attack of Titan)).

heishi4

Meskipun tiada pergerakan yang besar di dalam game ini, disebabkan persembahan yang hebat dari pelakon-pelakon suara latar ini, watak-watak ini dapat dihidupkan dengan baik. Setiap nada dan intonasi disebut dengan penuh perasaan dan ini penting dalam pembawakan cerita.

Apabila heroin kita menangis, kita dapat rasakan kesedihannya. Apabila heroin kita di dalam kesakitan, kita dapat rasakan kesakitannya. Walaupun ada pilihan untuk memercepatkan dialog tanpa suara, saya dapati kebanyakan masa, saya membiarkan setiap watak bercakap sehingga habis kerana sangat terpersona dengan dialog yang dibawa.

natsuhiko2

Keputusan: BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Jika anda tidak sukakan game yang statik, tiada pergerakan yang banyak, tidak menggemari anime atau manga, tiada gameplay yang penuh dengan aksi dan darah, anda mungkin tidak akan menyukai Norn9.

Norn9 adalah game yang bersifat pasif kebanyakan masa. Ia juga adalah game yang sangat berpandukan kepada budaya Jepun. Jika ini bukan kegemaran anda, semestinya game ini bukan untuk anda.

BOLEH BELI! – Jika anda memang sangat meminati anime dan manga, terutamanya genre shojo. Terus terang saya katakan, saya berminat untuk bermain genre ini kerana apabila saya membaca shojo manga, ada sahaja perkara membuatkan saya geram dengan watak heroine. Dengan Norn9, saya dapat hidup sendiri di dalam dunia shojo dan membuat pilihan berdasarkan kehendak saya (sungguhpun selepas itu saya mendapat bad ending).

Jika anda berminat untuk bermula dengan genre ini, saya sangat-sangat mengesyorkan Norn9 kepada anda. Jika anda suka, terdapat banyak lagi pilihan otome games di luar sana.

Jika anda perlukan game yang relax, penuh dan padat dengan cerita dan watak-watak yang hebat, Norn9 semestinya boleh beli untuk anda!

2015-12-04-162013
Kesilapan terjemahan kerana perbudayaan bahasa oleh pihak Aksys Games
Kesilapan terjemahan tatabahasa dan ejaan
Mini quest yang entah apa-apa

+ Story line yang superb dan mantap
+ Kehadiran 9 jejaka kacak untuk anda date & 3 gadis comel untuk anda hayati wataknya
+ Mempunyai pelbagai ending bergantung kepada pilihan anda
+ Grafik yang hot
+ Lagu tema yang indah dan mempersonakan
+ Barisan pelakon suara latar yang A++

Comments

comments