Mampukah No Man’s Sky mencapai potensi yang selama ini mereka canang-canangkan?

no-mans-sky-screenshot-02_1920.0.0

No Man’s Sky keluaran Hello Games boleh dikatakan sebuah game yang paling banyak menerima reaksi negatif pada tahun ini. Ia menerima kritikan yang cukup hebat selepas apa yang dipromosikan sama sekali tidak menepati apa yang ditampilkan dalam game penuhnya.

Terbaru, bercakap kepada PC Gamer, pengerusi Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios, Shawn Layden berkata pembangunan No Man’s Sky sedang diteruskan dan satu hari nanti akan mencapai potensi penuhnya.

“Hello Games, Sea Murray dan pasukannya, mempunyai visi yang mengagumkan tentang apa yang mereka akan ciptakan. Ia sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Sebuah pasukan yang kecil memiliki cita-cita yang besar,” kata Layden.

“Mereka masih mengusahakannya. Mereka masih mengemaskini. Mereka sedang mengusahakan untuk mendekati visi yang mereka ada selama ini. Dan mungkin suatu hari nanti, ia akan mendedahkan apa yang ia mampu lakukan sebenarnya,” tambah beliau lagi.

“Industri video game adalah tempat di mana semua memliki keberanian untuk mengatakan ya. Mereka ingin merealisasikan cita-cita mereka. Mereka ingin mencipta visi itu. Tiada siapa yang terlepas daripada cabaran yang besar. Dan kadang-kala kamu tidak dapat melakukannya dengan percubaan pertama,” kata Layden lagi.

no mans sky

Persoalan yang timbul kini selepas Shawn Layden mengeluarkan kenyataan seperti ini – game ini sebenarnya sudah dikeluarkan ataupun tidak?! Beliau mengeluarkan kenyataan ini seolah-olah No Man’s Sky masih lagi dalam fasa pembangunan dan belum lagi dilancarkan. Hello Games sepatutnya memastikan game ini benar-benar mencapai potensi penuhnya, atau sekurang-kurangnya mendekati potensi itu sebelum dikeluarkan kepada umum.

Malah, sebelum ini, No Man’s Sky telah diletakkan di bawah siasatan Advertising Standards Authority (ASA), sebuah agensi yang mengawal kualiti pengiklanan di United Kingdom kerana melakukan promosi yang “menipu” pembeli.

Comments

comments