Nampaknya seperti Hello Games benar-benar ingin membawakan perubahan yang besar kepada game yang telah mengecewakan ramai pemain ini.

no-mans-sky-buggy

Beberapa hari lalu, No Man’s Sky telah ditampilkan dengan sebuah kemaskini terbaru, yang digelar ‘Foundation Update’. Antara yang menjadi tarikan utama dalam kemaskini ini adalah pastinya tentang fokus mereka yang memperkenalkan pembinaan markas (base building).

Selepas kemaskini terbaru itu, beberapa pemain telah mula mengorek fail yang terdapat dalam versi terbaru game ini. Dan seperti kebiasaan, mereka telah menemui sesuatu yang mungkin adalah petunjuk kepada apakah perkara-perkara baru lain yang akan Hello Games bawakan dalam kemaskini akan datang pula.

Pengguna Reddit, eegandj telah menemui fail-fail yang memaparkan kenderaan darat empat roda serba guna, dalam sebuah folder bernama “BUGGY”. Berikut adalah beberapa penemuan yang telah dilakukan oleh beliau:

no-mans-sky-buggy no-mans-sky-buggy no-mans-sky-buggy

Kemudian, beliau telah membawa masuk model kenderaan ini ke dalam game No Man’s Sky itu sendiri, dan ini adalah video yang memaparkan footage yang beliau dapat daripada fail-fail tersebut:

Sekiranya anda bermain No Man’s Sky di PC dan ingin melihat sendiri dapatan daripada penemuan fail ini, anda boleh muat turun mod ini di sini.

Apakah benar Hello Games akan membawakan kenderaan darat “Buggy” ini ke dalam No Man’s Sky? Jika benar, bilakah ia akan dikeluarkan? Sama-sama kita nantikan.

Comments

comments